no comments

Anda Ingin Memulakan Kajian?? 10 Pesanan Untuk Anda Fokuskan!

Nota Editor : Tips dan kaedah ini dikongsikan oleh Dr Othman Talib. Tips ini membincangkan mengenai bagaimana seorang pascasiswazah yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Bagaimana seseorang itu hendak memulakan langkah di dalam melakukan kajian . Semoga ianya bermanfaat kepada anda.

Anda ingin memulakan research?? ini 10 pesanan untuk peringatan kesekian kalinya walaupun ada yang nak baca post ini tetapi segan silu untuk membaca, ilmu yang disampaikan hendaklah dikongsi untuk manfaat bersama.

1. Pertama: Tetapkn bidang kajian

Tetapkan dahulu bidang kajian yang anda ada asas mengenainya. Katalah anda guru sains disekolah, dan ingin menyambung master / PhD, maka bidang yang sesuai bagi anda adalah “Pendidikan Sains”, misalnya. Pada tahap ini, cuba elakkan kajian “cross disciplinary”, kecuali memang anda double major ! Juga elakkan tajuk yang “dipaksakan” kepada anda, kecuali memang menepati bidang anda sendiri.

2. Kedua: Tentukn focus kajian (area of investigation)

Bidang Pendidikan Sains adalah luas yg boleh sahaja berkaitan dengan psikologi pendidikan, teknologi pendidikan, pentadbiran pendidikan, pedagogy (kaedah pengajaran) atau sociology. Jadi anda boleh focus kepada satu katakan “pedagogy”.

Pada tahap ini, anda boleh sahaja lakukan “hybridization” antara maybe “pedagogy” dengan “teknologi pendidikan” bagi memudahkan anda “mencipta” novelty. Ini bermakna anda boleh hybrid teori dalam pedagogi dgn teori dalam IT. Novelty dalam bahasa mudahnya dalah “added value” kepada kajian sedia ada.

3. Ketiga: What else need to be done?

Lakukan “literature search” (LR) dalam bidang dan focus kajian anda. Lakukan dengan keyword yang umum dahulu contohnya “science AND educ*” atau “science AND teaching AND learning” menggunakan MENDELEY bagi mencari artikel untuk 12 bulan terkini bagi memastikan isu yang hot yang bersifat “recent” dan “current” dalam focus kajian anda. Anda boleh ada dua, tiga isu yang anda berminat, tidak semestinya satu sahaja. Pada tahap ini anda hanya perlu membaca abstrak dan ataupun memerhati keseluruhan artikel.

Bila mendapat idea tentang sesuatu isu, anda perlu mencari sesuatu sudut baru (theory, context, method atau analisis data) yang boleh membantu menjawab isu tersebut dengan menjawab – WHAT ELSE NEED TO BE DONE ! Soalan ini lebih sesuai dari “What is your research gap??”

Contoh: Isu higher order thinking mungkin dah sampai kepada memantapkan teori (katalah telah dibuat model fitness) tapi anda boleh mengujinya pula dgn pendekatan berbeza seperti constructivism vs mastery ! 

4. Keempat: Why scholar care about it?

Teruskan pencarian anda dengan lebih focus berdasarkan pula “keyword” dalam isu yang anda berminat contohnya “inquiry AND learning AND constructivism” atau “science AND teaching AND thinking skills”. Anda perlu formulasikan isu anda supaya menjawab persoalan yang ada urgency dan signifikan.

5. Kelima: Snowball

Selepas anda ada keyakinan bahawa isu anda “hot” dan “dapatan” kajian anda akan menarik perhatian scholar, kerana signifkan untuk dijalankan, maka terjemahkan isu tersebut dalam bentuk permasalahan kajian. Langkah seterusnya anda perlu membuat literature search beberapa tahun kebelakang pula untuk menyediakan asas perbincangan kajian anda.

Lakukan snowball menerusi artikel terkini yang ada pada anda untuk mendapat artikel terkemudian yang juga releven dari segi theory, methodology dan analisis data yang dirujuk oleh author(s). Misalnya, anda perlu membaca artikel kajian lain walaupun tidak releven dari segi skop kajian tetapi releven dari segi teori / methodology. Ini termasuk pembacaan sumber sekunder seperti buku / handbook.

Tidakkah ini suatu pencarian yang sedikit mencabar tetapi seronok kerana akan menghasilkan sesuatu kepada pengetahuan anda? Inilah self education !

6. Keenam: Start writing

Setelah mengumpul sejumlah artikel yang releven (katakan 30), anda boleh mula membaca keseluruhan artikel yang releven untuk mendapat idea dari aspek teori dan methodologi , dibantu dengan buku research methodology (RM). Baca walau kemungkinan anda kurang faham. Anda boleh pinjam 3 atau 4 buah buku RM kerana sebahagiannya mempunyai penjelasan yang lebih mudah difahami.

Ingat! kelas research methodology pula hanyalah supplementary, sedang dunia postgraduet adalah dunia self learning. Kalau anda tunggu habis 14 minggu kelas research methodology, anda akan kehilangan waktu yang berharga, kemungkinan anda akan kecewa.

Mulakan menulis ! Literature Review pun tulis dulu walaupun macam meringkaskan karangan kemudian belajar untuk tulis lebih kritis, bukan tiba-tiba terus tahu tulis terus kritis !

7. Ketujuh: Look for alternative classes

Anda ada alternative untuk ikuti apa sahaja bengkel anjuran postgraduet, Jabatan, Uni. walaupun mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit belanja. Kalau tak ada, kenapa tidak organise sendiri dalam kelompok sendiri.

Tambahan yang dapat biasiswa, ada yang nak beli buku pun kedekut ya amat, nak beli software ATLAS.ti RM300 pun macam nak beli jet peribadi RM 300 juta ! Pengetahuan dalam bengkel akan memudahkan anda memahami apa sahaja dalam masa lebih singkat, untuk membuka minda dan mendalaminya lagi selepas itu.

Bayangkan jika anda masuk bengkel menulis jurnal – pasti hampir semua pengetahuan yang disampaikan kepada anda adalah baru dan asing. Bandingkan jika anda hanya duduk menyandar sambil memikirkan susahnya nak tulis jurnal !

8. Kelapan: Read… Read… Read

Semua yang anda tidak faham, terdapat penjelasannya di mana-mana – buku mahupun online. Percayalah…. Jika anda sukar nak faham dua kali,  Kenapa tak kumpulkan maklumat lanjut, baca buku yang lain, lihat online dan baca lagi 10 kali? Ini tidak, baru jumpa perkataan baru yang tidak familiar terus mengeluh tak faham, sedang penjelasan online pun dah ada.

Aspek lain yang perlu anda tahu, misalnya ranking jurnal Q1-Q4 atau IF, semua ada penjelasan online. Ini tak…. semua tak tahu, tak nak cari…. bila tanya ada jer yang menganga…. tanya nama jurnal dlm bidang sendiri pun lintang pukang nak jawab ! Bukannya tanya ibu negara MALDIVE!

9. Kesembilan: Now it all yours !

Bila semuanya anda lakukan sendiri, itulah kajian anda yang ORIGINAL yang menyumbang kepada knowledge dan penguasaan anda dalam bidang kajian anda sendiri !

10. Kesepuluh:

Jadi…..apa yang susah sangat tu ? Ini bukan naik Everest !

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL