no comments

5 Cara Khas Bagi Pengamal Penyelidikan

Nota Editor:Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othmn Talib mengenai 5 cara khas bagi pengamal penyelidikan. 

Untuk mendapatkan PhD bukannya suatau perkara yang mudah untuk dilakukan dan dihabiskan dengan begitu sahaja kerana, anda perlu mengorbankan masa bersama ahli keluarga rakan-rakan dan juga wang ringgit bagi menyiapkan suatu kajian dan penyelidikan  yang sedang dilakukan.

Di bawah ini terdapat 5 cara khas bagi pengamal penyelidikan:

Yang Pertama:Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian bab ini akan menagih anda membaca secara lebih mendalam terlebih dahulu bidang kajian yang akan menjadi fokus kepada anda, sebelum anda memulakan menulis latar belakang kajian dengan baik. Sebab itu anda dicadangkan, menyelesaikan bahagian ‘literature’ dahulu bagi memahami bidang yang mungkin baru bagi anda lagi. Jadi, sebelum tangan anda tidak sabar  untuk menulis latar belakang kajian, anda perlu membaca sebanyak mungkin artikel-artikel berkaitan dan cuba memahami perkembangan isu-isu semasa / argument yang berkaitan dalam ‘area of investigation’ anda dari pelbagai perspektif dari dulu sehingga yang paling terkini.

Maknanya, Bab 1 ini anda hanya boleh menulis setelah anda yakin dengan ‘tesis statement’ ,variable, teori, argument bagi kajian anda. Jikalau boleh jangan anda mulakan dengan tajuk kajian yang keluar dari otak yang kosong atau bersandarkan pengalamn yang sangat sedikit.

c9360a5e1ea81e955a33f498385e1390

Yang Kedua:Pernyataan Masalah

– Setelah membaca, anda dah boleh kenalpasti dan fokus pada kajian yang mempunyai potensi untuk anda kembangkan sebagai sumbangan kepada pengetahuan dalam body of knowledge’. Anda perlu terlebih dahulu mendapatkan ‘pengetahuan’ tersebut untuk disumbangkan.  Selain juga, pengetahuan tersebut mestilah novel dan signifikan kepada’ scholarly community’ dalam bidang yang sama. Maka akan wujud masalah kerana anda tidak tahu pengetahuan tersebut yang memerlukan anda menjalankan kajian. Bahagian ini menagih akan ada mengemukakan masalah lihat huruf besar kajian secara jelas, yang memerlukn anda membuat kajian sebagai contoh:

a. Pembinaan model – belum ada model baru kerana model yang sedia ada tidak pernah di untuk uji kesahan / fitness of model

b. Revised instrument – instrument terlalu lama dan kurang effisyen, perlu direvised dengan SEM analysis.

c. Hasilkan algorithma – meningkatkan kecekapan sesuatu sistem kerana sistem sedia ada yang sudah tidak mempunyai ciri memenuhi keperluan semasa

d. Kombinasi teori – menguji beberapa teori serentak kerana pengujian sebelum ini menggunakan satu teori yang hanya menyelesaikan sebahagian masalah bagi sesuatu persoalan.

e. Innovasi kepada ciptaan sedia ada – meningkatkan ciptaan sedia ada yang mempunyai fungsi terbatas kepada fungsi pelbagai kegunaan serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Penyelesaian masalah diatas adalah novel (added value) yang signifikan untuk meyumbang kepada ‘knowledge’.

research-icon1

Yang Ketiga:Soalan Kajian/Hipotesis

Selepas jelas masalah yang anda ingin kaji dan anda perlu merujuk kepada halangan untuk mendapatkan pengetahuan yang novel dan signifikan maka diterjemahkan dalam bentuk soalan kajian / hipotesis dengan mengaitkan hubungan antara variable yang terlibat dalam kajian

Yang Keempat:Literature Review

Seterusnya, membuat review teori-teori dan dapatan kajian lepas secara kritikal supaya menjustifikasikan masalah, variable dan teori yang anda gunakan supaya tidak tersasar dari landasan.

Yang Kelima:Methodology

Pembacaan literature yang mendalam, mendedahkan anda kepada pelbagai kaedah dalam bidang fokus yang sama termasuklah kaedah-kaedah yang lebih ‘comprehensive’, ‘advanced’ atau terkini. Maka anda menjustifikasikan ‘research design data analysis‘ dan lain-lain yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian bagi menganalisis data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu ditafsirkan untuk memberi makna / jawapan kepada persoalan kajian ini sahaja.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL