no comments

10 Tanda “Supervisor” Yang Perlu Anda Ketahui!

Nota Editor : 10 tanda “SUPERVISOR” yang perlu anda ketahui! Dipetik daripada penulisan Dr Othman Talib yang dikongsikan beliau melalui pengalaman beliau sendiri ketika sedang melanjutkan pengajian diperingkat PhD. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca pascasiswazah.com.

Berikut adalah antara 10 petanda yang kelihatan seperti normal tetapi perlu anda ambil kesah kerana akan memberi kesan lansung dan tidak lansung kepada perjalanan anda untuk bergraduate :

do-not-disturb-neon-sign2

 Petanda 1 –

Membiarkan supervisee “honeymoon” di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research dan thesis hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan sebagainya.

researcher

Petanda 2 –

Meminta supervisee mengemukan tajuk kajian sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai terlebih dahulu topik kajian dengan mendalam dan menyeluruh.

reading-the-internet-660x370

Petanda 3 –

Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak pula meminta mereka tulis begitu dengan mudah kerana supervisee tidak akan mampu simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala… lepas 2, 3 hari gerenti lupa !

Chapter_1-1ipqct3 Chapter-2 chapter-3

Petanda 4 –

Meminta supervisee menyediakan proposal mengikut sub topik 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak  3 topik, malah supervisor hanya akan menyemak topik 1 sahaja tanpa mengambil kira topik 2, 3 dan topik-topik yang lain walaupun dihantar serentak !

179781021ResearchConceptTashatuvangoThinkstock2014-406x315

Petanda5 –

Meminta supervisee membuat kajian kuantitatif / kualitatif sedangkan SV sendiri tidak update dengan pengetahuan dan software terkini yang berkaitan kedua-dua approaches.

good-writer

Petanda 6 –

Minta menjadi main author pada artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana dan sini  tidak melayakkan supervisor menjadi the main author malah tugas tersebut adalah tugas hakiki supervisor.  Supervisor sendiri akan dapat merit dalam KPI apabila supervisee dapat diijazahkan.

constructive

Petanda 7 –

Memberi komen tetapi tidak secara constructive kemungkinan dengan hanya memberi tanda “?” di sana sini tanpa sebarang penjelasan. Pandai-pandai nanti supervisee nak betulkan atau sekadar komen “keep reading” tanpa diketahui apa masalah sebenarnya.

Question Mark

Petanda 8 –

Terlalu sukar untuk ditemui atau dapat ditemui untuk beberapa minit sahaja atau kedua- duanya sekali.

draft-transcription

Petanda 9 –

Lambat mengembalikan draft yang dihantar oleh supervisee, ada yang lupa di mana dia simpan draft tersebut.

hZutwW-q

Petanda 10 –

Terlalu strict, semua mesti ikut apa sahaja  yang supervisor propose, seolah-olah supervisor sahaja yang tahu, tiada yang dia tidak tahu melainkan tahu-tahu belaka.

Jadi ketahuilah simpton di atas adalah sebahagian sahaja dan anda boleh tambah lagi. Cuma janganlah sampai menanggap simpton tersebut sebagai “biasalah tu”. Itulah realiti dunia research sedangkan tugas supervision tu adalah tugas hakiki yang sama pentingnya dengan tugas mengajar, kedua-duanya mesti efisyen !

Namun aku juga terfikir apakah yang boleh dilakukan jika secara consistent supervisee menerima dari mana-mana amalan supervisor yang tidak efisyen di atas? Kepada siapa ingin disuarakan?

Aku percaya dan yakin bahawa niat semua supervisor adalah baik dan ingin melahirkan generasi penyelidik yang kompeten dan sebahagian besarnya adalah supervisor yang dedikasi, malah berjaya melahirkan puluhan “Dr”.

Cuma dalam kontek supervision, sukar untuk menetapkan satu standard sebagaimana standard dalam pengajaran, yang sekurang-kurangnya nya ada silibus dan nota untuk dikongsi sesama pensyarah.

Supervisor tidak dilatih dan tidak adapun latihan praktikal menjadi supevisor lalu supervisor menjadikan pengalaman sendiri sebagai satu-satunya rujukan, termasuk aku sendiri. Situasi ini tidak menjadi satu masalah besar 15 tahun lepas ketika hanya pelajar dengan sekurangnya 2 class upper dibenarkan membuat master. Sekarang, banyak kelonggaran sehingga hampir sesiapa sahaja boleh membuat master !!

Bagaimana dengan PhD? Dengan wujudnya IPTA / IPTS yang semakin banyak, termasuk peningkatan taraf ITM ke UiTM menjadikan ribuan kakitangan akademik, termasuk dibawah MARA dan KPM yang dulunya hanya okay sahaja dengan 1st degree atau  Master kini berlumba-lumba untuk mendapatkan PhD.

Fenomena ini menjadikan tugas supervision bukan lagi sesuatu yang boleh dijalankan “begitu2 saja” berdasarkan pengalaman, sedang pengalaman ada kalanya tidak boleh dijustifykan dengan bilangan tahun jika amalan yang sama dilakukan bertahun tahun tanpa sebarang perubahan.

Pengalaman supervisor pula berbagai-bagai bergantung bagaimana mereka di supervise ketika menjadi calon PhD. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malah ada kalanya pengalaman tersebut tidak lagi relevan dengan perubahan masa.

Contohnya, supervisor dengan pengalaman 15 tahun mengendalikan analisis kualitatif secara manual tidak akan memberi banyak makna jika pelajar ingin menjalankan analisis menggunakan perisian komputer. 15 tahun dulu, sukar untuk menghubungi supervisor, sekarang dah ada sms, email, twitter dan facebook. Malah 15 tahun dulu, jurnal hanya dalam bentuk hardcopy berbanding sekarang dengan e-journal yang boleh diakses dalam sekelip mata !!

Adakah supervisor anda mempunyai satu atau beberapa petanda  di atas?

Jika anda adalah supervisor ? adakah anda mengamalkan mana-manaA petanda tersebut?

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL