no comments

10 Info Santai Supaya Title ‘Dr’ Terus Bersinar

Nota Editor:Artikel ini telah dikongsikan di facebook oleh  Dr.Othman Talib mengenai 10 info santai supaya tiitle Dr terus bersinar. 

1) –Anda perlu dapatkan topik (bukannya tajuk) kajian yang berada dalam “mainstream” dan menjadi perbualan, discussion dan juga akan stimulate dan dengan hanya melalui ‘INTENSIVE’ preliminary literature search.

2)- Anda juga perlu dapatkan isu-isu yang mempunyai ‘well-grounded theoretical basis’ untuk bertahan dengan lebih lama dan memudahkan penulisan anda dan asas untuk membuat discussion.

3)- Pastikan anda ada ‘knowledge‘  yang berkaitan dengan ‘literature’ yang bakal anda baca dan review supaya memudahkan kerja penulisan anda.

4)- Isu yang ada ruang untuk ‘extention‘ dan ‘advancement to the body of knowledge’ dalam bidang kajian anda.

5)- Anda perlu menjangkakan bahawa kajian anda nanti akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam dalam topik tersebut ‘clear room for exploration’.

6)-Adakah pengetahuan dari kajian akan menjadikan anda seseorang yang ‘bakal‘ menjadi rujukan organisasi atau mana-mana badan selepas anda bergraduate malah menjadikan anda secara ‘direct / indirect’ terlibat dengan apa sahaja policy dan juga lain-lain.

7)-Seterusnya, menjadikan title ‘Dr’ didepan nama anda ada signifikan dan impak dengan membuat kajian-kajian yang lanjut dari asas yang ada perolehi semasa membuat Msc / PhD, kerana bukan sahaja tesis anda akan menjadi ‘obsolete‘ tersimpan di perpustakaan title ‘Dr’ anda juga akan ‘berkarat’ jika anda tidak lalukan apa-apa kajian selepas itu.

Baca: 10 Tanda “Supervisor” Yang Perlu Anda Ketahui!

8)- Cuba dapatkan kajian daripada orang-orang yang berpengalaman dan  yang masih aktif supaya boleh anda terus belajar dari mereka malah anda boleh buat ‘post doc‘ atau ‘sabbatical’ dengan mereka selepas bergraduate.

9)-Kajian yang flexible, boleh merentasi disiplin, lebih memberi peluang untuk anda membuat kolaborasi selepas anda bergraduate, sebagai principal investigator malah anda boleh menulis artikel merentasi disiplin, bukan sahaja dengan individu tetapi dengan organisasi malah kementerian.

10)-Kajian yang dapat anda membina kemahiran tambahan kepada anda seperti analysis data kualiti dan kuantiti supaya anda terus menjadi mentor / penyelia yang baik untuk calon-calon yang akan datang.

Baca: Hebat! Lelaki Berusia 50 Tahun Ini Membiayai Pengajian PhDnya Dengan Cara Luar Biasa

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL