no comments

Pensyarah Ini Kongsikan 8 Senario Yang Perlu Difahami Dalam Dunia Penyelidikan

Nota Editor:Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib mengenai Pensyarah Ini Kongsikan 8 Senario Yang Perlu Difahami Dalam Dunia Penyelidikan.

  • Tesis adalah satu benda proses yang begitu kompleks. Walaupun proses penulisan tesis ini terlalu kompleks tetapi anda tidak pula diajar secara serius dan ‘formal’ sebagaimana coursework. Sedang apa yang dipelajari dalam coursework lebih mudah diperolehi dari bacaan pelbagai sumber dan rujukan yang banyak diperolehi. Manakala penulisan tesis anda perlu berusha dengan bersungguh-sungguh dan lakukannya dengan sendiri.
  •  Apabila anda mula membuat thesis memang akan ada seorang penyelia yang akan membantu anda. Tetapi seorang penyelia tidak akan mengajar tentang aspek-aspek teknikal dan mekanikal penulisan tesis serta menjalankan kajian. Jika adapun lebih berbentuk memberi komentar. Penyelia akan menegur kesalahan yang kita lakukan dan beliau akan kritis anda punya penulisan tersebut. Dan dari situ anda boleh dapat tahu kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri anda bagaiamana hendak menulis tesis dengan cara yang lebih betul.
  • Tesis juga melibatkan proses yang sangat detail dengan segala  maklumat perlu dikaji dengan betul. Malah  proses penulisan tesis setiap kandungan dan penulisan yang dilakukan perlulah detail contohnya sehingga ‘titik’ dan ‘comma’ perlu berada ditempatnya yang betul.
  • Seterusnya pencarian tajuk kajian akan memberi cabaran yang besar kepada anda. Pasti anda akan terfikir bagaimana untuk mendapatkan tajuk yang berbentuk “dauble”, “researchable” dan “workable”? Sedangkan anda tidak ada pengalaman tersebut. Pencarian tajuk pula perlu disertai dengan pencarian gap dan problem statement. Maka dari situ anda akan merasa sedikit celaru. Kerangka itu dan kerangka ini, pemilihan teori, variable, construct, dimensi, dan instrumen.
  • Sementara itu, cousework ditawarkan dan diambil oleh sekumpulan calon. Anda akan bersama kawan-kawan berada dalam satu kelas yang sama dan mendapat tugasan dan skop juga boleh berbincang bersama. Tetapi ini tidak berlaku kepada penyediaan proposal,dan penulisan tesis. Kerana masing-masing mempunyai pendirian sendiri jikalau ada masalah anda harus berfikir dengan secra profesioanal.
  • Bukannya mudah untuk bertemu atau berbincang dengan supervisor, kerana supervisor juga ada masalahnya sendiri. Ditambah pula dengan gaya supervision yang pelbagai longgar dan ketat. Maka dalam situasi yang tidak menentu ini, anda harus rajin membuat rujukan utama dan berbincang bersama rakan-rakan atau PhD yang lain terutama yang telah melalui proses tersebut. Setiap arahan dari supervisor selalunya akan dirujuk juga kepada rakan sebaya dan senior dan bagaimana mereka dahulu melakukannya. Selain itu, anda perlu mengorbankan diri untuk menyediakan proposal yang berkualiti.
  • Anda harus berani dan hidup berdikari dalam menyiapkan proposal tersebut, lagi bagus jikalau anda rajin membaca dan memahaminya dengan sendiri, kerana jika anda berusaha melakukannya dengan bersungguh-sungguh barulah penulisan tesis anda kelihatan menarik untuk dibaca dan kualiti. Dan  secara tidak langsung dari situ juga dapat meningkatkan mutu gaya penulisan tesis anda yang seterusnya.
  • Akhir sekali kemahiran dalam penulisan tesis ibarat kemahiran mengunakan pisau, percayalah setiap orang yang mahir menggunakan pisau akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan berbeza walaupun dari pisau yang sama jenisnya. Tetapi jikalau anda tiada kemahiran, dan dibiarkan sahaja tanpa mencuba sesuatu perkara pasti tidak akan ada sebarang perubahan pada diri anda sendiri.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL