no comments

9 Tips Khas Untuk Calon PhD / Master !! #6 Itu Kelakar

Nota Editor : Tips ini dikongsikan oleh Dr.Othman Talib di dalam laman facebook beliau ketika beliau menjadi speaker di dalam sebuah bengkel seminar.

“Tesis yang siap cepat selalunya kurang berkualiti”

Ye ke?

Pertama: Lambat atau cepat?
Ini logik yang kurang tepat. Kualiti thesis lebih logik dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (i) Literature Review yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh bukan cepat atau lambat.

Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”… sbb itu ada gesaan untuk GOT – got it ?

Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tidak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.

Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang.

Kalau dahulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 3jam, 3 hari atau 3 minggu sahaja. Kalau ada budget, 30 minit pun boleh dapat artikel tersebut. Yang tidak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan-kawan di oversea. Dulu mana ada Mendeley now semua dah online.

Setakat buku, kalau library tiada, AMAZON sedia menunggu. Buatlah sedikit pelaburan. Boleh saja share sesama kawan-kawan.

Contoh mudah buku Discovering Statistics with SPSS (Andy Field) satu buku yang lengkap dan “awesome” mudah difahami berharga 58 Pound = RM377 sedang yang ada biasiswa dapat lebih dari itu, malah boleh beli lagi beberapa artikel yang hebat-hebat.  Bacalah 100 buku statistics social science yang lain… tidak sama dengan 1 buku Andy Field !

Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik bukan mesti baca sampai beribu-ribu takut makin kelabu.

Keempat:
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan pun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA untuk analisis data, jadi sertailah mana-mana yang patut seawal semester 1.

Tidak tahu mana satu nak ikut? Tulah… ada FB penuh gambar selfie… dari hujung tudung sampai hujung kaki… cubalah tanya kawan yang dah graduasi…

Ingat bro…. anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang… yang lelaki tu jangan pula cari alasan nak tunggu wife habis pantang !

Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu habis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang.

Kelima:
Segala-galanya bermula dengan proposal yang baik, jadi belajarlah bagaimana nak buat proposal. Paling tidak, ada 5, 6 proposal dalam bidang yang releven dan kalau dapat thesis lagi baik. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll untuk menyediakan proposal.

Semua ni boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tidak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error tanpa panduan, ini bukan menjamin kualiti … ini menjamin anda memanjang jer tak tahu

Keenam:
Microsoft Word tu word processor, berdesup boleh tulis thesis. Habis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric, nak guna navigation tidak tahu, split tidak tahu, cross-references  tidak tahu, break page tak tahu, style tak tahu. Insert caption tak tahu, nak customize TOC tidak tahu, Grouped object tidak tahu, yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras, oghe kato boleh mampus keras !

Ketujuh:
Kalau nak edit pula, berpusing2 macam gasing sampai pening sedangkan yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang, ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)

Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tidak siap2, Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…

Ini tidak termasuk yang lambat siap kerana ditimpa musibah, instrument meletup, sakit….. Supervisor pindah universiti yg kes macam ni kita simpati.

Kesembilan:
PhD hanya permulaan untuk matang. Teruskan buat research sampai tahap Prof dan expert, tapi percayalah tiada noktah padd istilah matang dalam dunia research kerana sifat knowledge yang terus berkembang.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL