1 comments

8 Perkara Kenapa Calon PhD / Master Selalu PERASAN!

Nota Editor : Artikel ini dipetik daripada Dr.Othman Talib dalam penulisan beliau mengenai perkara yang selalu para bakal PhD perasan dan tidak perasan di dalam pengajian untuk menghabiskan sesi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) .

A-creative-dress-shirt-for-men-Material-0f-This-Year-3

Pertama:

Yang anda perasan – anda memulakan pengajian semester pertama dengan penuh bergaya dan  dimulakan dgn menayang surat lulus permohonan. Selepas itu, anda ambil subjek Research Methodology yang wajib bagi anda. Anda study hard, siang malam membaca tanpa membuat kerja lain dan akhirnya anda score A+. Anda senyum sampai tak terkata.

Yang anda tidak perasan :  Anda ingat anda akan dapat laksanakan kajian dan menulis tesis dengan baik kerana anda dapat A+ dalam Research Methodology. Kursus ini hanya pengenalan kepada perbagai rekabentuk kajian secara sepintas lalu sedang anda perlu mendalami rekabentuk kajian anda secara mendalam.

ibm-spss-statistics-base

Kedua:

Yang anda perasan: Anda meletakkan harapan pada semester kedua pula untuk mendapatkan A+ dalam statistik dan ternyata anda berjaya.

Yang anda tidak perasan: Anda telah membazirkan satu lagi semester tanpa sebarang sumbangan langsung kepada kajian anda apatah lagi penulisan tesis. Malah anda belumpun menulis apa-apa sahaja. Anda ada asas statistik tetapi anda asing dalam aplikasi SPSS yang akan anda jalankan. Anda masih tidak tahu yang anda belajar itu tidak boleh diaplikasi tanpa SPSS. Ini belum lagi anvanced dan multivariate statistics.

img-thing

Ketiga:

Yang anda perasan: Anda mendapat gred A+ dalam semua kerja kursus anda

Yang anda tak perasan: Gred A+ ini tidak ditanya pun oleh penyelia ataupun pemeriksa. Gred A+ tu tak akan memberi sebarang “weight” kepada proposal anda pun. Malah ramai pelajar yang dapat A+ tapi tersangkut dalam menyiapkan tesis. Anda perlu memberi keutamaan dalam mendalami topic of interest kajian anda melebihi tumpuan anda kepada kerja kursus, apa lagi jika anda adalah calon PhD kerana anda sudah ada pengalaman membuat research diperingkat master dgn membuat preliminary literature search. Anda perlu memperuntukkan masa anda membaca ratusan artikel bagi mendapatkan fokus kajian yang terbaik dan mendalaminya sejak awal semester pertama. Kemudian anda perlu hadiri bengkel-bengkel khusus bagi mendalami kemahiran analisis data anda. Inilah yang anda perlukan dalam semester pertama sebelum anda boleh memulakan penulisan, kerana ini jauh lebih signifikan dari apa yang anda dapat dalam kursus methodology dan statistic.

83922546

Keempat:

Yang anda perasan: Anda melayan kehendak menyiapkan proposal yang sempurna hingga berlarutan beberapa semester.

Yang anda tidak perasan: Anda tidak perlukan proposal yang begitu sempurna. Anda hanya perlukan proposal yang “biasa-biasa” sahaja kerana itu hanyalah blue print untuk disemak oleh penyelia anda. Siapkan seawal mungkin dan sebolehnya dalam tempuh semester pertama dan hantar kepada penyelia anda utk dikomen dan diperbetulkan, barulah proposal yang “biasa-biasa” ini digilap sedikit demi sedikit sepanjang anda memulakan kajian.

lam viec nhom voi gia su bach khoa bien hoa

Kelima:

Anda perasan: Anda ada kalanya ingin ambil hati kesemua committee supervisory maka anda sanggup menunggu komen demi komen dari setiap mereka walaupun ada kalanya komen tersebut saling bercanggah antara satu sama lain.

Yang anda tidak perasan: Anda tak perlulah ambil kira semua pandangan committee supervisory tambahan apabila berlaku percanggahan. Selalu juga penyelia hanya lemparkan pandangan untuk anda fikirkan kesesuaiannya malah ada pandangan yang penyelia sendiri tak pasti. Ambil sahaja mana-mana pandangan yang anda fikir sesuai. Jika mereka lambat beri komen, anda teruskan menulis dan anda akan jimat banyak masa. “Dont be panic of doing mistakes at the very early stage of your candidacy” kerana sebaik dan sebanyak manapun komen committee tersebut yang anda pertimbangkan, pasti akan mendapat komen lain juga malah komen dari pihak ke-3 seperti reader, examiner dan panel viva.

thesis_writing_in_progress_mug

Keenam:

Anda perasan: Kajian dan tesis anda perlu menarik dan gempak.

Anda tidak perasan: Kajian dan tesis anda hanyalah sebagai latihan akademik sebagai permulaan anda menjadi penyelidik belum lagi penyelidik tersohor. Jadi jangan buang masa membuat sesuatu yang kononnya gempak sedangkan masa yang anda ada sangat terhad. Anda sahaja yang tahu setiap saat yang berlalu bukan penyelia anda. PhD hanyalah satu permulaan bukan kemuncak terakhir kajian anda sehingga anda berhempas pulas mencari kajian yang paling susah yang bakal anda lakukan!

pic_phd_degree

Ketujuh:

Anda perasan: Anda adalah kelompok terbaik sebab anda adalah bakal Dr.

Anda tidak perasan: Anda hanyalah “average candidate” yang perlu bertatih dan melakukan sesuatu dengan skil yang sederhana dahulu. Jadi develop your skills in writing, searching skill, analysing skills, review skills etc for better as soon as possible. Jangan terlalu ghairah utk mencapai sesuatu yang gah tanpa skill melakukannya takut anda jatuh dan terus rebah.

Kelapan: Anda “perasan” sebab anda calon PhD siap dengan bisness card dengan tittle “PhD Candidate”

Anda tidak perasan: Ramai kawan-kawan anda yang juga calon PhD tapi perghh dah siap PhD dan ada bisness card dengan title “Dr”.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL