no comments

7 Solusi Bagi Graduan Yang Tiada Pengalaman Kerja. #7 Paling Sentap

7 penyelesaian ini dipetik dari facebook Muhammad Farid Wajdi mengenai masalah temuduga bagi graduan yang belum berpengalaman dalam alam pekerjaan. Semoga bermanfaat kepada mereka yang sedang memburu kerja.

Waiting for an interview

Kebanyakan syarikat memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman kerja. Jadi, apa jalan penyelesaian yang perlu anda lakukan bagi menjamin anda di terima oleh bakal majikan.

Solusi 1:
Kerja sementara apabila tiba cuti semester. Minta surat tawaran daripada majikan anda untuk membuktikan anda pernah bekerja. Jangan malu walaupun anda bekerja sebagai cleaner di sebuah hospital kerana terdapat ramai lagi mahasiswa yang langsung tiada pengalaman bekerja.

Baca: Kenali CV dan Resume Dalam Masa Yang Amat Singkat

Solusi 2:
Sekiranya anda mahukan yang lebih advance, buat kerja separuh masa semasa anda sedang belajar. Kalau jadual anda penuh dengan kelas pada waktu siang, anda boleh bekerja part time pada malam hari. Tetapi cara ini agak sulit untuk diaplikasikan kerana akan menganggu masa diskusi dan kerja rumah. Jangan lupa, selesai kerja, anda perlu minta surat pengesahan yang membuktikan anda pernah bekerja di tempat itu, walaupun hanya bekerja sebagai penjual tudung.

Solusi 3:
Lebih advance, buat perniagaan sendiri. Kalau boleh, perniagaan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Harganya tidak mahal. Pergi ke bangunan SSM terdekat, bawa dua salinan kad pengenalan, isikan nama syarikat, dan bayar RM60 sahaja untuk setahun. Kemudian, anda sendiri boleh membuat surat pengesahan yang anda pernah bekerja di syarikat anda sendiri.

getty creative -- royalty free -- awkward interview, uncomfortable businessman, job interview, office, work, nervous, anxious, boss employee Just Shoot Me

Solusi 4:
Sekiranya anda malas bekerja, tetapi anda amat menyukai aktiviti kampus, anda dinasihatkan menyertai aktiviti sukarela. Sertai kelab dan persatuan, dan rajin-rajinkanlah buat aktiviti masuk ke kampung orang asli, bagi makan gelandangan, atau program bersama anak yatim.

Kalau setahun anda buat aktiviti-aktiviti seperti ini sebanyak dua kali, jadi dalam 4 tahun, anda sudah sertai 8 aktiviti. Bakal majikan anda akan impress kepada anda kerana punyai pengalaman dalam bidang sukarelawan.

Walaupun aktiviti tersebut bukan suatu pekerjaan, tetapi bakal majikan tahu bahawa anda ini seorang yang aktif, dan bakal menguntungkan syarikat.

Baca: 5 Masalah Buat Bakal Majikan Tolak Resume Anda

Solusi 5:
Andainya anda hendak menyertai aktiviti luar kampus juga bagus. Sertai NGO, persatuan luar, atau parti politik yang menganjurkan aktiviti-aktiviti outreach sebegitu. Dan jangan lupa, anda tetap memerlukan surat pengesahan yang anda pernah melalukan aktiviti bersama mereka.

Solusi 6:
Perkara-perkara di atas hanya relevan kepada yang tiada cable dalam syarikat. Tetapi kalau bapa anda empunya syarikat, atau bapa saudara anda, perkara ini mungkin tidak lagi relevan.

neaktivni

Solusi 7:
Sekiranya masih malas lagi untuk bekerja, apatah lagi menyertai aktiviti sukarelawan. Masuklah kubur.

Sekiranya tips dan nasihat ini memberi manfaat kepada anda, tidak usah merungut lagi sekiranya ada syarikat yang tidak mahu menerima anda bekerja disebabkan tiada pengalaman.

Tidak dinafikan, ada syarikat yang perlukan pengalaman tiga empat tahun dalam bidang yang anda pilih.

Tetapi anda harus ingat, kerja itu dikira sebagai ibadah. Perbetulkan niat anda. Sekiranya bekerja hanya untuk riak dan hanya mendapatkan sehelai kertas surat pengesahan, mungkin kurang keberkatan.

Tetapi sekiranya niat itu hanya untuk Allah Ta’ala, maka hidup akan akan dipermudahkan dalam pencarian kerja suatu hari nanti. InsyaAllah.

Semoga dipermudahkan urusan!

Baca: Bagaimana Menghadapi Soalan Sukar Dan Mencabar Dalam Temuduga

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL