no comments

5 Ciri Artikel Yang Diterima Review Panels

Nota Editor:Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib mengenai 5 Ciri artikel yang diterima review panels dalam penyelidikan yang sedang dilakukan.

Yang Pertama:-

 Di sini anda akan diberikan 3 sebab secara sepintas lalu tentang sesuatu artikel dari tesis yang  diterima oleh panel review dan dengan cara skop yang betul iaitu:

i. Sesuai dengan skop / fokus jurnal

ii. . Menepati audience / scholar

iii. Hot topics / current debates / current conversation

Yang Kedua:-

 Anda akan diterangkan mengenai 3 perkara di atas.  Tentang perkara i, ii dan iii akan ada saling berkaitan.  Kerana tidak kira siapapun audience / scholar yang akan membaca jurnal adalah mereka dari bidang yang releven dengan skop jurnal tersebut. Cuma anda akan tertarik dengan keperluan untuk mendapatkan hot topic dari hot issues / current debate / conversation.

Yang Ketiga:-

Seterusnya, panel tidak akan teragak-agak untuk reject artikel yang ditulis dan tidak menepati ‘standard’ minimum jurnal, ditambah jika kajian hanya melibatkan isu-isu yang biasa sahaja. Tetapi sesuatu yang menarik apabila beliau menyebutkan bahawa review panel akan consider artikel walaupun tidak menepati ‘standard’ minimum sesuatu jurnal tetapi akan diminta untuk diedit dan diperbaiki sekiranya artikel tersebut mengkaji secara hot topics / isu terkini / current debates / current conversation. Kerana alasannya mudah, artikel begini akan menyumbang kepada body of knowledge tanpa rasa ragu-ragu, serta berpotensi mendapat perhatian dan citation yang tinggi.

Yang Keempat:- 

Selain juga, seperkara yang paling penting segala maklumat ataupun sumber yang diperolehi hendaklah dibaca semula atau dikaji dengan betul supaya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan penlisan.

Yang Kelima:-

Apabila anda sudah memperolehi segala informasi dan maklumat, dan selepas itu anda hendak membuat rujukan perkara ini boleh dibawa bincang dan bertanyakan pada orang yang lebih berpengalaman tentang perkara tersebut sebelum anda membuat kajian itu supaya memudahkan kerja penulisan untuk dilakukan agar setiap hasil kerja yang dilakukan kelihatan menarik untuk dibaca.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL