no comments

10 Tip Menjadi Pelajar Yang Hebat

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Yazid Zul, mengenai 10 tip mejadi pelajar yang hebat  semoga bermanfaat dan dapat menjadi panduan buat anda yang sedang bergelar pelajar.

Tips Menjadi Pelajar Yang Hebat:

1. Jangan Asyik Terlalu Study:-
Anda tidak boleh menghabiskan masa didalam perpustakaan dengan terlalu lama dan sering kali asyik menyendiri dengan membaca buku secara keseorangan kerana sudah tentu hidup anda bertambah bosan dan bertambah sunyi. Selain itu juga, anda harus aktif dengan aktiviti bersukan contohnya berbasikal, berjoging, bermain badminton, jikalau anda aktif bersukan dan mempunyai ramai rakan-rakan dari situ tekanan dalam pelajaran dapat di kurangkan. Dan sekaligus anda harus keluar dari dunia kesepian.

2. Fahami Skema Permakahan:-

Seterusnya anda sebagi seorang pelajar, anda kena faham skema permakahan tersebut dan juga anda patut fahami juga perangai guru yang tanda paper itu.

3. Markah Hanya Angka:-
Belajar dengan rajin dan berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan abaikan markah tersebut, kerana apa yang anda dapat selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi dan anda kena redha yang penting sekali anda sudah berusaha dan guru sentiasa bangga dengan prestasi anda.

4. Sedar Diri:-
Sebagai seorang pelajar anda perlu kenali diri anda sendiri kerana, kerana lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Dan anda perlu lihat balik, waktu yang anda dapat konsentrasi lebih. Selain itu, jikalau anda tidak mempunyai ramai kenalan anda harus mula beramah mesra dengan orang luar supaya hidup ini tidak terlalu terkongkong.

5. Bagi Perhatian:-
Anda perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar terutama berada didalam kelas dan anda perlu sentiasa fokus, dan pupuk minat dalam diri anda supaya minat terhadap ilmu agar anda tidak mudah bosan. Seterusnya, jikalau anda tidak faham tentang sesuatu perkara anda harus angkat tangan dan tanya soalan itu dengan segera.

6. Bersedia Dengan Awal:-
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang anda perlu bersedia dengan lebih baik dan datang awal kelas, dari situ akan datang ‘mood’ hendak belajar dan tanam pada diri anda ingin menjadi pelajar yang cemerlang pada suatu hari nanti.

7. Belajar Dengan Cara Orang Yang Pandai:-
Jangan belajar cara orang malas dua hanya jam membelek buku sambil baring atas katil yang itu ialah cara orang sangat pemalas dan anda akan mudah cepat bosan. Lebihkan belajar sekitar 20 minit atau ke setengah jam dengan secara aktif dan bersungguh-sungguh, selepas itu buat nota ringkas dan lihat balik kertas-kertas soalan yang lepas dan buat ulang kaji. Kerana apabila anda rajin mengulang kaji dengan banyak kali pasti ilmu pengatahuan anda akan bertambah.

8. Network:-

Bagi anda yang berminat hendak pergi lebih jauh anda sebagai pelajar, sepatutnya ada kemahiran bersosial. Dan belajar cara komunikasi dengan betul dan cara berurusan dengan orang yang lebih berpengalaman.

9. Planner:-
Anda perlu ada perancangan dalam hidup dan untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukannya mudah dan, anda tidak boleh membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah yang tidak memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain.

10. Belajar Hormat Orang:-
Akhir sekali , sekiranya anda ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang anda harus hormat kedua ibu-bapa anda sendiri dan jangan lupa jasa guru-guru anda dahulu kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka pasti anda tidak akan dapat mencipta kejayaan dengan cemerlang. Dan sekiranya  anda mahu berjaya dalam dalam kehidupan jangan sesekali lupa menunaikan solat lima waktu dan sentiasa tidak putus berdoa kepada Allah swt.

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL