no comments

10 Kaedah Untuk Jadikan Anda Penulis Terbaik!

Nota Editor : Nukilan ini dipetik daripada Dr.Othman Talib yang berkongsikan serba sedikit mengenai 10 kaedah menjadikan penulisan anda sama ada penulis tesis, buku atau ape sahaja jenis penulisan untuk dijadikan penulisan yang terbaik . Jom kita terokai 10 kaedah yang disediakan oleh Dr.Othman Talib .

Kaedah 1 :

Jadilah seorang yang activationist yang akan “bertindak” menulis apa sahaja bila apabila anda mempunyai  idea. Bila terfikir sesuatu, terus mulakan menulis dimana mana walaupun di dalam aplikasi note telefon anda atau rakam idea anda jika berada di dalam kereta  supaya anda tidak lupa terutama yang sudah meningkat  tua macam saya ni ! Terlihat sahaja satu fenomena, datang idea, catch the idea instantly !

Kaedah 2 :

Ketahuilah bahawa idea tanpa penulisan sama seperti tiada apa-apa idea. Idea jga ada jangka hayatnya.  Selepas beberapa lama idea anda mungkin hilang diganti pula idea lain yang juga akan hilang. Jadi tulislah supaya idea tersebut tidak hilang.

Kaedah 3 :

Jangan tunggu idea itu sempurna sifatnya. Idea tidak akan pernah sempurna  tetapi boleh menjadi lebih baik bila anda mula menulis. Bila anda mula menulis anda mula berfikir. Bila anda mula berfikir anda akan “dipaksa” berfikir utk kembangkan idea dengan lebih baik, bukan sempurna. Jadi anda sebenarnya bukan terhenti  kerana tidak ada idea tetapi anda gagal untuk kembangkan idea anda. Idea anda sampai bila pun tak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Terhenti  menulis lebih baik dari tak menulis apa-apa. Tapi berhenti  selepas itu tidak menulis, ini juga tragis. Jadi menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist !

Kaedah 4 :

Jangan menulis terlalu nak ikut sekuen dulu. Inilah idea teknik ZDOT saya. Tulis dulu apa-apa idea hatta terlompat-lompat selepas itu barulah kemudian aturkan sekuennya. Ibarat puzzle. Kalau tak mula satu dulu sampai bila pun anda tak mula, malah anda boleh mula dari tengah atau belakang kalau itu idea yang anda dapat dulu.

Kaedah 5 :

Jangan takut untuk menulis dan terima kritikan. Kalau takut,  sekali kena kritik merajuk. Ingat ada sesiapa nak pujuk? Kritikan ada dua – satu kritikan membina (terima dgn hati terbuka), kedua kritikan tidak berguna !

Kaedah 6 :

Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea, bangun ! bangkit ! buka komputer, telefon, nota dan menulis. Bukan tunggu keajaiban berlaku !

Kaedah 7 :

Banyakkan membaca dalam topik yang anda minat dan tidak minat juga. Membaca membuka ruang “dejavu” untuk menjumpai idea untuk anda tulis. Jika tidak membaca, berangan tunggu idea,  baik jual pisang berangan !

Kaedah 8 :

Pastikan tulisan anda ada boleh menyumbang kepada kebaikkan atau sekurang-kurangnya membuat pembaca berfikir,  kalau tidak lebih baik duduk  diam-diam. Habiskan masa dgn berzikir.

Kaedah 9 :

Utamakan menulis idea sendiri atau ambil idea orang lain dengan membuat kupasan dari perspektif sendiri. Elakkan menulis semula apa yang orang lain dah banyak tulis . Membosankan !

Kedah 10 :

Aku MENULIS bukan kerna NAMA , Aku MENULIS kerna aku CINTA !!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL