no comments

10 Cara Jadikan Anda Penulis Buku Atau Tesis Yang Cemerlang

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib mengenai 10 cara menjadikan anda seorang penulis buku atau tesis yang cemerlang yang terdapat di dalam penyelidikan dan kajian sebagai seorang pelajar pascasiswazah.

Pertama:

Anda perlulah menjadi activationist yang sentiasa bertindak menulis dengan pantas apabila mempunyai idea. Selain itu juga, apabila terfikir sesuatu idea anda harus mencatat dengan segera ataupun merakam segala perbualan yang dibincangkan supaya segala maklumat dan informasi tersebut tidak akan hilang.

Kedua:

Selain itu juga, anda perlu tahu bahawa tanpa idea penulisan sama seperti tiada apa-apa  maklumat untuk dikongsikan mahupun untuk dikaji, setiap idea dan maklumat mungkin hilang ataupun sudah lapuk dari pandangan dan akan digantikan dengan idea yang lebih bernas dan berkaliber.

Ketiga:

Anda tidak perlu menunggu sesuatu idea itu menjadi sempurna, kerana tidak ada idea yang akan sempurna dalam kehidupan seharian, tetapi idea tersebut boleh menjadi lebih baik apabila anda mula menulis. Bila anda mula menulis pasti anda akan mula berfikir untuk kembangkan idea dengan lebih baik. Sekiranya, anda tidak mula menulis secara automatik anda akan gagal dalam penulisan, dalam erti kata lain lebih baik anda menulis daripada tidak menulis apa-apa.

 Keempat:

Jangan menulis terlalu formal. Kalau boleh tulis sahaja dahulu ataupun segala idea yang terkandung di dalam fikiran anda kerana inilah teknik yang biasa digunakan oleh seorang pascasiswazah. Selepas itu barulah susun semula idea-idea tersebut supaya ianya mudah dibaca untuk membuat penulisan. Kerana sekiranya, anda tidak memulakan suatu perkara sampai bila-bila pun penulisan atau penyelidikan anda tidak akan bermula.

Kelima:

Jangan takut untuk mula menulis dan terima kritikan. Sekiranya anda takut dengan kritikan, anda tidak akan berubah sampai bila-bila pun.

Keenam:

Anda perlu ingat menulis bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan, ianya memerlukan pengorbanan yang besar dan berpengatahuan yang luas serta banyakkan membaca dan rajin membuat rujukan.

Ketujuh:

Seterunya anda perlu banyak membuat kajian dan penyelidikan supaya hasil kerja penulisan mudah dilakukan dan boleh dibincangkan serta hasil kerja anda akan bertambah kualiti.

Kelapan:

Anda harus ingat segala penulisan, penyelidikan dan kajian yang dijalankan boleh menyumbang ke arah kebaikan atau membuat pembaca berfikir dengan baik.

Kesembilan:

Utamakan menulis dengan idea sendiri ataupun ambil idea orang lain dan selepas itu buat ulasan sendiri. Elakkan menulis semula apa yang orang lain sudah buat supaya apabila dibaca oleh orang lain ianya tidak mudah bosan.

Kesepuluh:

Menulis dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah swt, kerana apabila kita bermula dengan niat yang betul insyaAllah segala pekerjaan akan dipermudahkanNya.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL