no comments

10 Sifat Yang Patut Ada Dalam Diri Seorang Pelajar Pascasiswazah Yang Cemerlang

Nota Editor:Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib mengenai 10 Sifat Yang Patut Ada Dalam Diri Seorang Pelajar Pascasiswazah Yang Cemerlang  yang terdapat di dalam penyelidikan dan kajian sebagai seorang pelajar pascasiswazah.

Di dalam dunia Pascasiswazah, perkongsian mengenai kerja kursus dan penulisan telah mendapat respons yang begitu tinggi daripada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pasacasiswazah.Selain itu, dengan perkongsian dari Dr.Othman Talib juga turut memberi banyak pandangan dan kefahaman mengenai selok-belok dunia pascasiswazah yang amat memerlukan sikap bersikari yang tinggi dan bersiplin.

Di Bawah Ini Terdapat 10 tips Bagaimana Seseorang Pascasiswazah Itu Mencintai Penulisan Tesis:

1-Anda perlu berusaha terlebih dahulu contohnya memperbanyakkan membaca, bertanya atau berbincang ataupun melakukan kajian sebelum, SPSS, EndNote,Eview dan lain-lain supaya penulisan anda tidak nampak teruk.

2-Setelah anda mahir dalam semua perkara itu, anda perlu mengumpulkan segala journal dan membaca, serta menganalisis. Anda juga perlu mengusai satu teori yang mendalam bukan sekadar ‘So-so’. Sekiranya anda tidak faham pasti akan mengundang bahaya dalam penulisan tersebut. Anda perlu segera berinteraksi kepada pihak yang lebih tahu megenai perkara ini.

3-Seterusnya, anda hendaklah sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan fokus pada sesuatu masa supaya kerja yang dilakukan ianya tidak akan lewat.

4-Apabila anda tidak mendapat maklumat yang cukup sudah pasti anda akan berasa tidak puas hati dan rasa macam hendak marah. Jadi dari situ anda perlu ubah sikap kepada yang lebih baik.

5- Seterunya, jika anda mendapat tugasan yang diberi oleh seseorang anda pelulah menyiapkan kannya dengan segera meneruskan menulis dan jalankan research, kerana sekiranya di tangguh pasti ada gangguan dari pihak luar sekaligus penulisan itu pasti tidak akan siap dengan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

6- Tidak ada sesiapa yang dapat mengahalang tugasan penulisan yang dijalankan kerana itu adalah penulisan anda sendiri dan anda harus meneruskan kajian dengan cemerlang.

7- Hendak menjadi manusia yang sempurna bukanlah suatu perkara yang amat mudah, seseorang itu perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup dan jangan sesekali putus berdoa kepada Allah swt kerana dari situ adalah kunci kejayaan.

8- Dalam hidup ini anda perlu bersikap positif dan professional dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan kerana benda itu adalah pengajaran dalam hidup dan harus terima dengan hati terbuka.

9- Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan seseorang terutama apabila wang perlu dilaburkan, tetapi apabila seseorang itu minat terhadap sesuatu benda mungkin sanggup berhabis duit dan amat berpuas hati dengan benda yang di miliki.

10- Akhir sekali anda perlu memberikan keutamaan pada tugasan penulisan dan kajian semasa melakukannya agar dapat diselesaikan dengan jayanya dan ingatlah seperkara penting lagi sebagai umat islam jangan lupa solat lima waktu walaupun sibuk dengan kerja harian yang kita lakukan kerana, jikalau seseorang itu menjaga solatnya pasti kehidupannya akan terjaga.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL