no comments

10 Ciri Anda Seorang Pascasiswazah Menginginkan Kejayaan Dalam Pengajiannya

Nota Editor : Artikel ini di petik daripada Dr. Othman Talib yang menerangkan bagaimanakah ciri-ciri yang terdapat didalam diri untuk mencintai penyelidikan dan penulisan tesis sebagai seorang pelajar di peringkat pascasiswazah

Ciri-ciri ini juga di tulis sendiri oleh Dr. Othman Talib sewaktu beliau berada di Tanah England. Didalam artikel ini Dr Othman Talib berkongsikan 10 ciri-ciri pascasiswazah mencintai penyelidikan dan penulisan tesisnya. Jom kita baca dan faham adakah ciri-ciri yang beliau katakan anda seorang yang mengkehendaki penyelidikan dan tesis atau tidak

Research and thesis: Don’t just Want it , But Take it !

Kenal 10 ciri-ciri anda MAHUKAN research dan penulisan tesis:

1- Berusaha untuk mempelajari sebanyak mungkin kemahiran mengenai penulisan tesis dan research. Terdapat pelbagai kemahiran seperti SPSS, MENDELEY, EndNote, NVivo, EView, SAS, RASCH dan lain-lain lagi.

2- Setelah selesai memahami dan mendalami kemahiran yang telah dipelajari, lakukan persediaan lengakap dengan mengumpul jurnal, membaca, serta menganalisis data, memahami teori secara teperinci. Jangan sesekali bersikap ragu-ragu kerana ianya mungkin mengundang panic. Selain itu ambillah jalan penyelesaian dengan bertanya, membaca, berbincang dengan pihak yang lebih arif mengenai kajian yang sedang dijalankan.

3- Ketika dalam proses melakukan persediaan, hendaklah focus sepenuhnya dan jangan besikap ambil mudah sehingga terabai smuanya.

4- Anda tidak perasan yang sebenarnya anda sudah pun membaca selama 3 jam tetapi anda merasakan seperti 30 minit. Begitu pantas waktu berlalu dan merasakan tidak puas.

5- Menuggu bagi anda adalah satu yang tidak menyenangkan. Anda pasti akan merasa tidak sabar menunggu hari untuk menyiapkan tugasan menulis dan menjalankan research.

6- Membaca dari pelbagai sumber penulisan, menyiapkan diri untuk menjalankan kajian dan berusaha untuk memhami apa yang dipelajari. Tidak ada sebarang gangguan atau halangan untuk meneruskan kajian

7- Segera dalam memperbetulkan kelemahan diri, berusaha menjadi yang sempurna “Practice Makde Perfect”

8- Berterima kasih kepada yang banyak memberi teguran dan tunjuk ajar. Jangan melenting dan jangan mudah mengeluh apabila ditegur untuk kebaikan diri sendiri

9- Anda sanggup berhabis wang ringgit, tenaga, masa demi sebuah kejayaan.

10- Anda utamakan kesempurnaa di dalam tugasan penulisan dan kajian anda. Bukan meletakkan alas an atau keluhan di dalam menyiapkan tugasan kajian anda.

:: Jika anda memiliki ciri-ciri ini, anda bakal mengecapi kejayaan , InsyaAllah .

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL