no comments

10 Alamat Menunjukkan Anda Seorang Pencinta Penyelidikan Dan Tesis

Perkongsian ini adalah mengenai pengalaman yang telah dilalui oleh seorang Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr. Othman Talib. Beliau merupakan seorang pensyarah yang amat mencintai dunia penyelidikan dan penulisan tesis dan dikenali ramai dalam kalangan pascasiswazah.

Daripada perkongsian beliau, ianya dapat memberikan kefahaman mengenai dunia pascasiswazah kepada pelajar-pelajar baru.

Hari ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips dari beliau sewaktu berada di England. Beliau telah menyenaraikan 10 alamat-alamat seorang pelajar pascasiswazah yang benar-benar mencintai dunia penyelidikan dan penulisan tesis. Mari sama-sama kita renungkan adakah kita tergolong dalam kalangan pelajar yang mencintai dunia penyelidikan dan tesis ataupun tidak!

Jangan hanya menyukai, tetapi cintailah..

Semak 10 alamat-alamat di bawah, adakah ya ataupun tidak jawapan anda:

Alamat 1:
Belajar mengenai apa sahaja kemahiran yang berkaitan penyelidikan dan tesis dengan seawal mungkin. Contohnya belajar mengenai SPSS, MENDELEY, EndNote, Nvivo, Eview. SAS, Rasch dan sebagainya.

Alamat 2:
Menyiapkan diri kearah yang lebih baik setelah mempelajari kemahiran diatas. Mengumpul jurnal, memahami, membaca dan membuat analisis. Kuasai teori dengan lebih terperinci dan bukan sekadar luaran sahaja kerana kefahaman yang sedikit akan mengundang resah. Sekiranya tidak faham, segerakan bertanya, membaca, berbincang dan berkomunikasi dengan yang lebih pakar.

Alamat 3:
Mempersiapkan diri dengan memberi sepenuh tumpuan dan bukan hanya melepaskan batuk ditangga sehingga terpaksa menyiapka tugasan di akhir waktu.

Alamat 4:
Apabila 3 jam dirasakan 30 minit kerana tidak pernah puas dan terasa masa amat pantas berlalu.

Alamat 5:
Semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan penulisan dan menjalankan penyelidikan. Anda berasa resah untuk menunggu hari seterusnya kerana cinta yang dalam untuk dunia penyelidikan dan tesis.

Alamat 6:
Untuk meneruskan pembacaan dari pelbagai sumber, penulisan, menyiapkan diri untuk menjalankan kajian, bagi anda perkara ini tidak pernah ada halangan.

Alamat 7:
Bersegera membetulkan kelemahan dan kesilapan diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik kerana anda menyedari bahawa anda tidak sempurna.

Alamat 8:
Berterima kasih sekiranya anda ditegur, dikritik dan dimarahi kerana setiap kritikan itu membantu anda menjadi yang terbaik.

Alamat 9:
Sanggup berkorban untuknya sama ada dari segi wang ringgit, tenaga dan masa. Anda merasakan bahawa pengorbanan itu bukan sesuatu yang sulit untuk dilakukan.

Alamat 10:
Tidak suka mencari alasan dan bertangguh kerana anda sedar bahawa bertangguh itu mencuri masa. Tugasan penyelidikan dan penulisan menjadi keutamaan bagi diri anda.

10 alamat ini jelas menunjukkan bahawa anda seorang yang mencintai dunia penyelidikan ataupun tidak. Refleksi diri anda!

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL