no comments

3 Petua Berkolaborasi Secara Optimum Dengan ICT

Nota Editor: 3 tips berkolaborasi dengan ICT ini telah dikongsikan oleh Dr. Othman Talib di blog beliau. Semoga tips ini memberi manfaat kepada para pascasiswazah di luar sana!

Zaman ICT adalah sebuah zaman yang menjadikan dunia semakin pantas untuk mendapatkan sesuatu maklumat sebagai rujukan dan sebarang informasi untuk difahami. Selain itu juga, di dunia pascasiswazah mereka perlukan ‘Extended Mind’ iaitu dalam erti kata ‘Berfikiran Jauh’ kerana di zaman ICT adalah zaman m-learning , study anywhere at anytime zaman yang bukan sahaja sarat dengan maklumat tetapi zaman ‘accessible’ maklumat sepantas kilat. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu:

  • Berkolaborasi Dengan ICT:

Cuba anda fikirkan apa yang anda boleh dapat jika anda seorang yang betul-betul berkolaborasi dengan dunia ICT? Percayalah mungkin anda dapat maklumat yang lebih banyak dan pantas dari anda berkolaborasi dengan sesiapa malah dengan pakar sekalipun. Jika dulu CHESS GRAND MASTER (highest tittle) perlukan pengalaman sehingga 20 tahun bermain catur, sekarang chess grandmaster termuda Magnus Carlsen berusia 13 tahun yang hanya berguru dengan komputer untuk bermain chess!

  • Berfikiran Jauh:

Di dalam dunia pascasiswazah memerlukan anda memahami banyak perkara. Anda memerlukan “extended mind” untuk fungsi kognitif dan memori anda. Kerana ini bukan zaman 80-an, zaman yang memerlukan seseorang depan mata untuk mengajar anda! Pada zaman sekarang begitu mudah untuk mendapatkan maklumat bahan bacaan dan artikel dari sumber “big data” seperti ‘Google’. Anda hanya perlu klik sahaja semua muncul didepan. Bukan itu sahaja semuanya saling berkaitan dan berhubung, seperti ‘extended mind‘ sebagai mana “sel-sel otak” anda yang terus berhubung dan menampung maklumat yang baru. Cuma dalam dunia pascasiswazah anda perlu pastikan sumber yang diperolehi adalah dari penulis yang bertauliah.

  • Split Second:

Perkara ini semuanya boleh berlaku “in a split seconds” bukannya sehari atau seminggu atau satu semester! Anda tidak perlu bimbang mengenai konsep teori baru yang anda jumpa malah jargon yang anda baca kerana Wikipedia, kamus dan lain-lain sumber akan terus memberikan jawapannya. Cari perkataan popular “GST” perkataan asing “masuk suku” jargon “hermeneutic”, technical “multicollinearity” sepantans kilat anda akan dapat jawapannya dan mungkin anda tidak mampu untuk membacanya. Seperkara lagi yang anda perlu berjaga-jaga iaitu, jangan sampai terperangkap dengan mana-mana kumpulan sama ada di laman sosial ‘Facebook’ ataupun ‘WhatsApp’ yang bersembang secara tidak produktif, jadi bayangkan dalam masa yang begitu singkat mesej tersebut berkemungkinan boleh di hantar dengan begitu banyak sekali ke mana-mana ‘group‘ dalam ‘WhatsApp’.

Jadi tindakan dan pilihan semuanya terletak ditangan anda dan buatlah sesuatu untuk berkolaborasi secara optimum dengan ICT, dan carilah maklumat yang berinformasi dan berguna sebagai rujukan dan panduan hidup.

Kredit: OT Academy

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL