no comments

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak

Kerja kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak seperti berikut:-

Kumpulan Pengurusan & Profesional:

  • Penolong Pendaftar N1
  • Pegawai Hal Ehwal Islam S41
  • Pegawai Psikologi S41
  • Pustakaan S41

Kumpulan Pelaksana

  • Penolong Pegawai Keselamatan KP27
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Pembantu Makmal C17
  • Penjaga Jentera Elektrik J17
  • Pembantu Belia & Sukan S17
  • Pembantu Kesatria S17
  • Pembantu Perpustakaan S17
  • Pemandu H11
  • Pengawal Keselamatan KP11
  • Pembantu Operasi N11

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:-

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PENOLONG PENDAFTAR (GRED N41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 1,911.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,114.43); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,216.64); dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan) (c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (GRED S41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1,909.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,112.86); dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa uuMelantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

c) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas; atau

(iii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

d) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 3. PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,112.86); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,112.86); atau

(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,521.70); atau

(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,828.32); dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas;atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. PUSTAKAWAN (GRED S41)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(i) Ijazah sarjana muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,112.86); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,112.86); atau

(iii) Ijazah sarjana Sains Perpustakan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM 2,419.49); dan

c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. KUMPULAN PELAKSANA

5. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP27)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00); atau

(iii) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00); atau

(iv) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM 1,661.95);

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik.

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar; dan

e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (c) (i) atau (ii) di atas hendaklah kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27,tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM1746.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada RM1820.69);

 d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

7. PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

8. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

; c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori AO (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut kategori sijil kekomputenan.

i. AO/A1: RM 1,318.42

ii. A4-2/A4-1/A4: RM 1,374.81

iii. BO-2/BO-1/BO/B1/B4: RM 1,431.21

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

9. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN (GRED S17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia atau sukan).

10. PEMBANTU KESATRIA (GRED S17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan berkebolehan mengendalikan latihan kawad;

(Gaji permulaan ialah pada RM 928.00); atau

(ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada RM 928.00);

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar; dan

e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di perenggan (c) (1) diatas.

11. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (GRED S17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

12. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada RM 896.15); DAN

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); DAN

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan

c) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaraan atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

13. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

e) Dan Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (c) (i) hendaklah kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

14. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a) Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online)

b) Maklumat dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM (Sarawak) di http://sarawak.uitm.edu.my/

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d) Salinan permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badanbadan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini semasa menghadiri temu duga akhir.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 30 November 2015.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN 2
94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK

NO.TEL: 082-678200/8093/8132 082-678134

PERMOHONAN ONLINE

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN 2
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK

NO. TEL: 082-678200/8132 082-67134

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 November 2015

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL