3 comments

Biasiswa Syariah Bank Negara Malaysia (BNM)

Anugerah Biasiswa Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam

Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) mempelawa permohonan daripada para pelajar yang berkelayakan dengan pencapaian akademik cemerlang dan aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk memohon Anugerah Biasiswa Syariah bai melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di universiti dalam atau luar negara. Anugerah Biasiswa Syariah ini adalah sebahagian daripada Dana Cendekiawan Syariah Dalam Kewangan Islam, ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan,penyelidikan, kepakaran dan wacana intelektual dalam bidang Syariah. Dana tersebut menggambarkan komitmen Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan perkembangan industri kewangan Islam.

Bidang Pengajian 

  • Pasca siswazah (Sarjana / Master atau Ph.D) dalam Syariah atau pengajian kewangan Islam di institusi pendidikan tinggi yang dikhtiraf;
  • Pengajian Ijazah Pertam di universiti yang diikhtiraf dalam bidang Syariah dengan ijazah berganda atau satu minor dalam satu daripada disiplin berikut;
    • Perbankan Islam
    • Perbankan Konvensional
    • Perakaunan
    • Ekonomi
    • Kewangan
    • Pengurusan
    • Bidang lain yang bersesuaian dengan pembangunan industri kewangan Islam.
  • Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP), hanya untuk meraka yang mempunyai latar belakang pengajian Syariah sahaja.

Syarat Kelayakan

  • Biasiswa ini terbuka kepada rakyat semua negara;
  • Pemohon haruslah mendapat tempat dalam institusi pengajian tinggi yang diikhtiraf. Pemohon perlu mengambil program pengajian sama ada Ijazah, CIFP, Sarjana (Master) atau Ph.D separuh masa.
  • Bagi permohonan pasca siswazah, pemohon pelu mempunyai PNGK sekurang kurang 3.5 atau setaraf.
  • Untuk permohonan daripada calon Ijazah pertama pula, pemohon mensti mendapatkan PNGK minimum 3.3 atau setaraf (untuk keputusan peperiksaan semester pertama).
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam program-program yang dintakan di atas juga boleh memohon biasiswa ini.
  • Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi lain.

Baca: Permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2016

Cara Memohon :

Permohonan biasiswa hendaklah dihantar beserta dokumen berikut, mesti dalam Bahasa Inggeris;

  • Borang Permohonan. Sila muat turun DI SINI.
  • Salinan dokumen pengenalan diri (pasport/kad pengenalan).
  • Surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi;
  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip yang telah disahkan.
  • Satu karangan tidak lebih daripada 100 patah perkataan tentang ‘mengapa pemohon harus dianugerahkan biasiswa ini dan bagaimana dia merancang untuk memberi sumbangan dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.
  • Dua (2) surat sokongan (hanya untuk permohonan biasiswa pasca siswazah). Sila gunakan contoh yang disediakan.
  • Tesis cadangan (hanya untuk permohonan Master dab PhD melalui penyelidikan atau kerja kursus dan penyelidikan); dan
  • Dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan.

Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Semua permohonan yang diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke :

Anugerah Biasiswa Syariah,
Akademik Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA),
Lorong Universiti A, 59100 Kuala Lumpur.

Baca: Biasiswa SLAM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2016

KOMEN ANDA

3 Komen

  1. noor

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL