1 comments

Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS

kaedahpenyelidikandanspss-600x850

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi memahami perkara-perkara penting dalam proses menyiapkan sesuatu projek penyelidikan. Selain itu, analisis data menggunakan perisian Statistical Package fo Social Sciences (SSPS) dalam buku ini membincangkan secara terperinci langkah-langkah untuk menganalisis dan kaedah mentafsirkan output daripada data tersebut. Antara analisis statistik yang dibincangkan dalam buku ini termasuk analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen, prosuder ujian-t, analisis varians sehala (ANOVA), analisis kovarians sehala (ANCOVA), analisis korelasi dan regresi serta model regresi logistik

Tentang penulis

Pelajar Ijazah Pertama institusi pengajian tinggi awam dan swasta kebanyakkannya perlu mengambil kursus Kaedah Penyelidikan ataupun perlu menyiapkan projek penyelidikan masing-masing bagi memenuhi syarat bergelar siswazah. Pelajar siswazah pula perlu menyiapkan tesis ataupun disertai mereka sebagai syarat wajib sebelum dikurniakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) masing-masing. Pegawai penyelidik yang bekerja dalam sektor awam atau swasta pula perlu menyiapakan projek penyelidikan masing-masing seperti kehendak organisasi mereka. Kesemua aktiviti penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pada peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah ataupun oleh pegawai penyelidik memerlukan suatu panduan lengkap untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan supaya mencapai piawai yang ditetapkam. Buku Kaedah Penyelidikan Dan Analisis Data (SPSS) yang ditulis dengan bahasa yang mudah ini harapkan dapat dijadikan panduan oleh kumpulan pelajar dan penyelidik tersebut.

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Safiah Abdul Raub

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL