no comments

Analisis Data Dengan Statistik Asas

ANALISIS STATISTIK-3-7X10-500x500

Analisis Data dengan Statistik Asas ialah modul tentang teori, prosedur pengiraan dan analisis berbantukan komputer yang menjadi amalan dalam penyelidikan kuantitatif. Modul ini menghuraikan konsep statistik asas yang digunakan dalam penyelidikan dengan memberi penekanan terhadap prosedur pengiraan dan analisis berbantukan perisian statistik. Pendedahan yang mencakupi latar belakang tentang sampel, populasi dan statistik inferensi perlu difahami agar ianya menjadi asas yang kuat kepada analisis data. Rasional penggunaan hipotesis, kepelbagaian ujian statistik dan kaitannya dengan kenormalan data adalah antara pengetahuan yang sangat penting dalam analisis data kuantitatif.

Pelaksanaan ujian statistik dan penyempurnaa prosedur pengiraan yang menjerumus kepada penolakan ketidakcukupan bukti untuk menolak hipotesis diberikan dengan contoh yang mudah dan pelbagai. Penganalisisan data dengan menggunakan perisian statistik SPSS turut dipersembahkan dengan langkah yang sistematik, teratur dan mudah. Modul ini memang berguna kepada masyarakat khususnya golongan penyelidikan, pelajar prasiswazah dan pelajar siswazah untuk menjalankan penyelidikan bagi mengkaji dan membantu menyelesaikan masalah serta cabaran dalam menghadapi penyelidikan masa kini.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL