no comments

6 Persiapan Menjadi Seorang Pascasiswazah Yang Berintegriti

Nota Editor: Artikel ini dipetik dari seorang blogger iaitu Shafie Hashim mengenai tingginya nilai seorang pascasiswazah

Pesan Jalaluddin Ar-Rumi :

jalaluddin-rumi3

Kita adalah kegelapan, dalam rumah dan Tuhan adalah cahaya, rumah itu menerima cahaya dari matahari , yang dalam perjalanannya akan bercampur dengan bayang-bayang  maka jika engkau menginginkan cahaya, bersegeralah kelaur  dari rumah dan naiklah ke atas atap

Pastinya semua mahasiswa gembira apabila datangnya bulan oktober, tidak kira sama ada mahasiswa itu daripada IPTA ataupun IPTS yang semakin membiak bagaikan cendawan tumbuh.  Perasaan itu sentiasa dinanti ,ditunggu, setelah berhempas pulas untuk hari bermakna itu. Pada hari itu, semua mahasiswa bersama dengan keluarga masing-masing yang  datang dari timur, barat,  selatan, dan utara tanah air untuk sama-sama  meraikan hari penerimaan anugerah yang bermakna dalam kehidupan seorang pascasiswazah. Saat itu, 1001 perasaan menghantui jiwa, gementar tidak terkata, namun sebaik sahaja nama diumumkan, berjalan dengan penuh gaya mengambil skrol  perasaan gemuruh bertukar menjadi gembira, sedih, bangga, dan puas. Kini tiba masanya kehidupan seorang  Sarjana Muda mencorak masa depannya  yang sebenar.

Universiti adalah pusat pengajian tertinggi dalam sektor pendidikan di Malaysia. Setiap orang pasti menyimpan impian yang  besar untuk memasukinya. Namun tidak semuanya  yang berkesempatan, melainkan  mereka yang benar-benar memenuhi kelayakan.  Universiti bukan sekadar kilang untuk mengeluarkan produk,  mengeluarkan siswazah dan mengeluarkan ilmu, tetapi fungsi sesebuah institusi tertinggi ini lebih kepada  sebagai tempat mengaut ilmu dalam kalangan para mahasiswa untuk memperolehi pengalaman yang berganda, bukan sekadar lulus peperiksaan semata-mata, tetapi bergelar seorang siswazah  yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.  Itulah harapan sebenar untuk seorang mahasiswa  yang bakal bergraduasi.  Memetik seorang tokoh ilmuan Robert K. Hutchins :

Dr_Robert_Hutchins

“ Universiti itu hanya bagi menemui dan menyampaikan kebenaran “ .

Sekiranya, para mahasiswa tidak menemui kebenaran di universiti, pastinya ada sesuatu yang menjadi batu penghalang dalam diri mereka.

Tempoh  4 atau 5 tahun bergelar seorang mahasiswa pastinya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman pahit ,manis, suka dan duka . Dalam menempuhi semua itu, ada sebahagian yang  berjaya mengharunginya dan  tidak ramai juga yang kecundang di tengah jalan. Sepanjang tempoh itu, biasanya hidup mereka  sentiasa bergelumang dengan kuliah, pembentangan, tutorial, kerja tugasan yang bertimbun,  ditambah pula dengan aktiviti berpersatuan, bersukan, halaqah ilmu, tanggungjawab pada kepimpinan, kawan, dan keluarga. Pada masa yang sama juga, kehidupan yang kadangkala dihimpit dengan kesempitan kos sara hidup, memaksa diri untuk memikirkan  cara menambah pendapatan sambilan demi menampung kehidupan untuk bergelar seorang pascasiswazah. Semua ini merupakan pengalaman yang sedikit sebanyak memberikan  tekanan psikologi  buat mahasiswa.  Tidak mustahil jika kita mendengar ada dikalangan mahasiswa yang sanggup bunuh diri, berhenti belajar, dan sebagainya. Inilah asam garam kehidupan mahasiswa.

Sebaik sahaja, selesai hari Konvokesyen, seminggu selepas itu mungkin para pacasiswazah masih gembira dengan pengiktirafan daripada Universiti  kepada mereka.  Gambar semasa  hari konvokesyen masih lagi dikepil  tidur bersama, dijadikan profile picture laman sosial peribadi seperi Facebook, blog, turut juga menghiasi muka hadapan komputer riba mereka. Itulah dia keseronokannya bergelar sebagai Sarjana muda. Namun, masa terus berlalu, hari gembira itu semakin ditinggalkan,  namun apa yang berlaku kepada para siswazah? Bagi yang sudah dijamin  atau sudah bekerja mungkin beruntung nasib mereka, namun bagi yang masih menunggu di rumah sambil goyang kaki berbulan-bulan, duit sentiasa keluar,  tiada manfaat lansung kepada ummah! Bagaimana pula? Itulah dilema graduan menganggur. Dilema ini memberikan kesan emosi kepada mereka.  Sanak –saudara sibuk bertanya, mungkin ada juga teman wanita turut mendesak tentang tarikh perkahwinan, mulalah pada ketika ini perasaan segan,  murung, fikiran bercelaru , hidup tidak menentu menimpa graduan ini, dan akhirnya mendatangkan impak yang lebih teruk, sehingga menyebabkan mereka memilih untuk melakukan aktiviti –aktiviti yang tidak diduga.

Apabila perkara ini berlaku, semua orang sibuk mencari siapa yang salah. Tidak ramai yang cuba untuk mencari dan meneliti kelemahan diri sendiri , maksud penulis , diri pascasiswazah itu sendiri.  Pesan saidina Ali Bin Abi Thalib K.w.J :

“ Setiap peluang begitu cepat berlalu , sebaliknya begitu lambat untuk datang kembali”

Pesanan ini jelas mengajak manusia memanfaatkan hal-hal yang berfaedah demi kemaslahatan sejagat. Universiti mengasuh peribadi, membentuk manusiawi. Hal ini menunjukkan bahawa peluang yang dikecapi di Universiti seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, bukan sekadar untuk mendapatkan deretan “A” atau pencapaian “CGPA” yang tinggi, tetapi mengenal pasti potensi diri menjadi yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik setiap detik dan denyut masa. Mahasiswa adalah aset yang penting buat Negara .  Sehari-harian melangkah kaki ke dewan kuliah bukan sekadar menadah telinga atau menyalin nota daripada para pensyarah, sebaliknya komited dalam merealisasikan niat yang tulus dan murni untuk mengaut sebanyak mana ilmu yang dilalui dengan keperibadian anak muda  yang berjiwa kental. Seandainya paradigma  ini menjadi pegangan mereka,  pastinya tujuan mereka jelas dan tepat.

Alam selepas kampus adalah realiti  kehidupan yang sebenar. Cabaranya lebih hebat daripada  alam kampus. Namun segalannya akan jadi biasa , bagi siapa yang mempunyai keyakinan diri serta potensi diri yang lengkap sepanjang bergelar seorang mahasiswa di kampus. Silapnya, tidak ramai yang cuba menggilapkan diri ketika di kampus. Pada mereka ,sesetengahnya cukup merasakan , hebat dalam akademik, CGPA tinggi, namun bagaimana dari sudut lain yang menjadi pelengkap diri mereka untuk berhadapan dengan dunia sebenar. Dunia kerjaya, dunia realiti memerlukan individu yang mempunyai pakej yang lengkap . Sijil sarjana muda semata-mata  bukan menjadi aspek yang mampu membantu kita berhadapan dengan dunia realiti. Oleh itu, antara persiapan yang mereka perlu lakukan adalah :

1-Persiapan Iman:

Tanpa agama, hidup akan pincang. Kekuatan akidah , keyakinan kepada Allah SWT merupakan perkara yang penting dalam menjamin kekuatan berhadapan dengan sebarang cabaran mendatang.

2-Persiapan Ilmu :

Tugas utama bergelar mahasiswa adalah berlajar dan mengaut ilmu tidak kira ilmu di bilik kuliah  ataupun di luar bilik kuliah . Laburkan  wang, masa, tenaga dan fikiran seketika untuk keuntungan yang tidak berpenghujungnya.

3-Persiapan Kepimpinan :

Setiap daripada kita adalah hamba dan kahlifah Allah di muka bumi, manakala Nabi turut menekankan kepada kita tentang kewajipan kita menjadi pemimpin. Hidup sebagai mahasiswa perlu bersiap sedia untuk menjadi orang yang mampu memikul tanggungjawab, kerana tanggungjawab dalam dunia sebenar memerlukan pemimipin yang amanah, rajin , cekap, jujur, dan bijakasana.

4-Persiapan  Kemahiran :

Hidup ini adalah pengalaman dan sejarah hidup kita. Jangan biarkan setiap hari kita penuhi dengan catatan sejarah yang hambar dan tidak memberikan keuntungan dalam kehidupan kita. Rebutlah sebanyak mungkin peluang dan binalah pengalaman daripadanya.

5-Persiapan Emosi :

Akal sahaja sempurna, tetapi emosi tidak berjaya dikawal dengan baik adalah racun yang membunuh. Kuasailah emosi diri, tingkatkan motivasi, jadilah individu yang sentiasa memikirkan soal kejayaan .

6-Persiapan Matlamat:

Dalam mengharungi cabaran alaf baru , pasti seseorang pascasiswazah memikirkan pelbagai peluang  dan ruang  untuk menetapkan masa depan. Sebaik-baiknya mahasiswa bersiap sedia menguruskan matlamat hidup sebelum dianugerahkan PhD sewaktu konvokesyen. Sudah ada perancangan awal apakah perkara yang akan dilakukan sebaik-baik sahaja usai majlis konvokesyen atau yang lebih baik merancang bertindak apabila selesai sahaja peperiksaan akhir di tahun akhir pengajian . Sekiranya pada ketika ini mereka masih lagi kabur tentang matlamat mereka, ianya akan mendatangkan masalah sebaik sahaja bergelar sebagai seorang graduan .

Pesan Imam Ibnu Al Jauzi:

d742862a7d68dbddfcc55d216af4937a_ibnul-qoyyim-al-jauziyyah

“Setelah saya perhatikan, hanya sedikit para ulama dan kalangan yang terpelajar yang mempunyai kesungguhan. Antara tanda kesungguhan adalah mencari ilmu untuk beramal sementara kebanyakan daripada mereka menjadikan ilmu hanya sebagai alat untuk mencari pekerjaan dan mengejar kedudukan. Mereka berbondong-bondong mencari ilmu agar diangkat menjadi hakim atau hanya ingin membezakan diri daripada orang lain dan berasa cukup dengan hal itu”

Daripada pesanan ini, Ikhlaskan niat ketika menuntut ilmu.

Akhirnya, dunia ini adalah sebuah persinggahan untuk menuju kepada matlamat yang kekal abadi. Sudah semestinya persiapan diri yang lengkap perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Universiti bukan jalan pintas untuk menempah kejayaan, bahkan ia juga bukan sebuah gedung ilmu yang boleh dibeli dengan wang ringgit  untuk mendapatkan PhD. Tetapi ia menuntut ketahana mental , fizikal, spiritual, dan sebagainya sepanjang hidup di alam kampus. Universiti sebagai sebuah gedung ilmu yang mengajar bukan hanya ilmu –ilmu bahasa, sains dan teknologi, kejuruteraan, ekonomi, perundangan, dan sebagainya, bahkan mengajar bagaimana menjadi sepertimana ungakapan Aristotle :

“Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak tangga, tetapi panjatlah  anak-anak tangga itu satu persatu”

Fikirkan-fikirkan ungkapan ini berulang kali saat mengejar impian bergelar “lulusan universiti” agar para mahasiswa menjadi golongan ilmuan yang tulen dan gagah yang sebenarnya di mata masyarakat , di mata dunia dan di mata Tuhan yang Maha Mencipta.

Mari sama-sama kita renungkan!

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL