no comments

Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Pendidikan

lay yun fah

Buku ini membincangkan pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan.Perbincangan dimulakan dengan pengenalan kepada penyelidikan, diikuti dengan perbincangan mengenai falsafah dan etika dalam penyelidikan pendidikan. Turut dibincangkan secara terperinci juga ialah reka bentuk kajian, populasi, sampel dan teknik pensampelan, instrument kajian, analisis data kuantitatif dan pengujian hipotesis, penggunaan ujian statistik parametik dan bukan parametik dalam penyelidikan.

Di samping itu, format penulisan usul penyelidikan yang merangkumi bab pengenalan, bab tinjauan literatur dan bab metodologi kajian juga dibincangkan. Pembaca juga akan didedahkan dengan format penulisan laporan akhir yang merangkumi bab dapatan kajian dan bab rumusan, perbincangan dan kesimpulan. Buku ini sesuai dijadikan panduan khusus untuk para pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah di institusi pendidikan guru dan individu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan pendidikan yang menggunakan pendekatan kuantitatif.

TENTANG PENULIS

Lay Yoon Fah, Ph.D ialah pensyarah kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bidang kepakarannya ialah pendidikan sains dan matematik. Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut dan sering membentangkan kertas di persidangan peringkat antarabangsa selain giat menerbitkan buku dengan penerbit tempatan dan antarabangsa.

Khoo Chwee Hoon, Ph.D ialah pensyarah matematik di Jabatan Sains dan Matematik, Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Bidang kepakarannya ialah pendidikan matematik dan sains. Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut dan sering membentangkan kertas kerja di persidangan peringkat antarabangsa di samping sering dijemput sebagai penceramah undangan di kolej matrikulasi dan sekolah. Selain itu, beliau turut aktif menerbitkan buku bagi kegunaan pelajar parasiswazah dan pascasiswazah.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL