no comments

Pendidikan Peringkat Sarjana Pendekatan Kualitatif Sebagai Alternatif

IMG-20151111-WA0006

Penyelidikan ilmiah di peringkat sarjana merupakan penerokaan yang menarik walaupun dikatakan sebagai sebuah perjalanan yang sunyi, terasing dan bersendirian. Cabaran dan kepausan yang dijanjikan memerlukan persediaan dan perancangan yang rapi oleh si calon penyelidik dalam pelbagai aspek. Penyelidik yang baik menjanjikan sumbangan dan penemuan yang berharga kepadan penyelidik, komuniti dan realiti, serta kesahan dan kebolehpercayaan yang menjamin untuk kauliti penyelidik perlu ditangani sebaiknya. Aspek ideologi dan teknologi penyelidikan pula perlu dilengkapi dengan metodologi yang bersesuaian.

Buku ini menawarkan pendekatan kualitatif sebagai teknologi untuk menghasilkan kajian ilmiah peringkat sarjana yang baik, sebagai untuk memenuhi tuntutan ideologi penyelidikan bagi memenuhi tuntutan kesarjanaan. Huraian yang berfokuskan ideologi dan teknologi penyelidikan kualitatif menawarkan penjelasan isu-isu perbezaan dan kelebihan kedua-duanya, sudut pandang dan persepktif yang unik, unik perbezaan konsepsi tentang suatu realiti yang menjadi asas kepada kajian ilmiah.

TENTANG PENULIS

Rasid Mail, (PhD) merupakan pensyarah kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bidang penyelidikan dan kepakaran beliau ialah Perakaunan Pengurusan dan Perakaunan Sektor Awam, dengan kecenderungan dalam kaedah pengajian kualitatif serta aliran kritikal dalam pemikiran dan teori perakaunan. Selari dengan aliran tersebut minat dan fokus penyelidikan dan penulisan beliau terarah kepada isu kritikal yang , luar arus biasa penyelidikan perakuanan seperti perakaunan dalam isu kemiskinan, sejarah perkembangan perakaunan, kedudukan perakuanan dalam polisi dan dasar awam, perakaunan dalam konteks penswastaan dan pengkorporatan,dinamik perakaunan dalam transformasi organisasi dan institusi, serta kedudukan perakauanan dalam kredit mikro dan sektor ketiga. Beliau merupakan ahli badan profesional Institusi Akauntan Malaysia (MIA) yang pernah berkhidmat dalam sektor perbankan, pasaran saham, menjadi akauntan dan Pengawal Kewangan dalam Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta pelbagai pentadbiran di peringkat universiti.

Raman Noordin, (PhD) merupakan pensyarah kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bidang kepakaran beliau ialah Perakaunan Pengurusan, dengan pengkhususan kepada penggunaan maklumat perakuanan dalam konteks organisasi. Antara topik yang menjadi tujahan beliau dalam kerja penyelidikan ialah perakaunan pengurusan strategik kawalan pengurusan dan pengukuran prestasi. Beliau telah berkhidmat dengan UMS semenjak tahun 1997.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL