no comments

5 Perkara Membuatkan Resume Anda Pasti Akan Diterima Bakal Majikan. #5 Sering Diabaikan

Nota Editor: Artikel ini dipetik dari rakan facebook iaitu Khairi Hafizi mengenai bagaimana hendak membuat resume dengan cara yang betul dan resume tersebut pasti akan diterima oleh bakal majikan. 

#1: Menulis Resume Dengan Strategi Yang Betul

strategy

Dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, anda mungkin tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, anda juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan anda. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan anda adalah sia-sia. ATAU mungkin juga dengan lambakan informasi berkaitan penulisan resume kerja di internet akan membuat diri anda overload dan akhirnya tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.

#2: Ejaan Yang Betul

shutterstock_123859036

Perkara ini memberi gambaran yang sangat positif terhadap diri anda daripada kaca mata majikan. Ini secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti anda sehingga peluang kerjaya anda menjadi lebih cerah. Mungkin hanya kerana satu kesalahan ejaan, resume kerja anda tidak akan diterima bakal majikan, ”Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga.”

#3: Maklumat Yang Lengkap

bw-image-missing-persons-01

Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume anda. Hal ini membuatkan bakal majikan tertanya-tanya tentang maklumat tersebut dan menyulitkan lagi urusan mereka.

#4: Gambar Yang Sesuai

Dalam penulisan resume, salah satu elemen yang wajib diletakkan adalah gambar anda. Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap anda. Untuk meletakkan gambar, anda seharusnya meletakkan gambar yang bersesuaian seperti gambar ‘passport’ dan bukannya gambar dengan pelbagai gaya.

#5: Tidak Melipat Resume

folded-paper-star-garland

Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimana anda melipat resume kerja dan hantar melalui sampul surat yang tidak sesuai. Walaupun hal ini nampak remeh namun ia adalah kesalahan-kesalahan yang tanpa kita sedari memberi gambaran negatif terhadap diri kita. Pastikan sampul surat bersesuaian dengan saiz resume anda.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL