no comments

Petua Permohonan Biasiswa Untuk Pengajian Luar Negara

Nota Editor: Tips permohonan ini telah dikongsikan di oleh Firuz Akhtar di facebook beliau, seorang pelajar PhD di United Kingdom dan pernah melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Iran dan Amerika Syarikat. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dari tulisan beliau di bawah.

Assalamualaikum…dan salam sejahtera semoga kehidupan anda berjalan dengan lancar dan sentiasa di berkati oleh Allah swt..

graduation-diploma_shutterstock_155347391

Ok, dengan ini saya ingin berkongsi sedikit kepada siapa yang betul-betul berminat untuk melanjutkan  belajar di luar negara, Of course! Kepala anda rasa runsing, pening bagaimana cara untuk  memikirkan kos pengajian dan sara hidup ketika belajar di luar negara nanti. Mesti peningkan dekat mana nak dapat duit???  Bagi anak orang kaya tidak kisah la..kalau nak sambung belajar dekat luar nanti, bila-bila masa sahaja boleh saja dapatkan tajaan PAMA (duit Papa dan Mama). Tetapi bagi orang yang kurang berkemampuan dari segi kewangan, adakah mereka perlu melupakan hajat untuk mengembara menuntut ilmu di luar negara? Oh tidak! Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

Sebenarnya selain daripada biasiswa Malaysia, ada banyak peluang biasiswa lain dalam dunia ini. Yes, I’m serious! Buktinya saya sendiri pernah mendapat biasiswa negara lain. Saya akan terangkan caranya di bawah.

Formula untuk mencari dan mendapatkan biasiswa ialah A & S: ALERT and SMART. Tawaran biasiswa selalunya dibuka awal dan tempohnya sekejap saja. Jadi sentiasalah ALERT dengan setiap tarikh tutup tawaran dan peraturan yang dikenakan. Konsep memburu biasiswa ialah cuba saja sebanyak yang mungkin, doa dan kemudian tawakal. Belum cuba, belum tahu. Gagal diterima untuk satu biasiswa, tidak bermakna akan gagal buat selamanya.

Sewaktu mengisi borang biasiswa, jadilah SMART dalam pengurusan masa dan teknik untuk menjadikan diri ‘outstanding’. Contohnya: Saya ada sijil sarjana muda dalam bidang Sastera Parsi. Kalau ikutkan, ia bidang yang pelik, macam takde faedahnya, kerja pun mana nak dapat, dan sastera? How to make money meh?

Tapi saya ‘tune’ kan sikit dengan mengatakan saya unik, menguasai bahasa yang jarang orang ambil dan hasilnya orang dari pelbagai bidang seperti bisnes dan perfileman yang mencari saya kerana bidang saya yang ‘rare’. Pengalaman dalam setiap kerja amat menarik dan duit yang diperoleh memberi kepuasan.

Haaa…gitulah ye. Saya bukannya nak mempromosikan diri tapi saya ingin memberi contoh bagaimana cara untuk ‘pusing’ segala kekurangan dan menjadikan ia kekuatan. Macam itulah baru nampak ‘outstanding’ dan ia amat penting dalam proses merebut biasiswa. Dalam permohonan biasiswa, kita perlu ‘menjual diri’ untuk menarik perhatian pihak penaja tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah, bermaruah dan bergaya. Awas supaya tidak jatuh dalam perangkap SS, syok sendiri dan STM, sombong tak menentu.

Sebenarnya kalau anda google ‘Scholarships for Malaysians’, anda akan jumpa banyak tawaran. Ada tawaran daripada pelbagai universiti, institusi, syarikat dan sebagainya untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

Jika anda google ‘Scholarships for international students’, anda juga akan jumpa pelbagai tawaran biasiswa daripada universiti atau institusi luar negara khas untuk pelajar antarabangsa seperti anda.

Ok, di sini saya jelaskan beberapa biasiswa yang ada:-

1) JPA

Selalunya pelajar lepasan SPM akan cuba mendapatkan biasiswa JPA untuk belajar di luar negara. Dapat saja keputusan SPM, cepat-cepatlah tanya guru atau rakan-rakan tentang biasiswa ini. Kalau tak pun, sila google sendiri.

2) MARA

Untuk mereka yang nak belajar MA atau PhD di luar negara, selalunya tawaran pinjaman MARA akan dibuka pada bulan Februari atau Mac dan tempohnya sekejap saja. Sangat ramai yang akan memohon, jadi buatlah persediaan yang terbaik untuk permohonan. Strategi terbaik ialah memohon pinjaman MARA ini dengan surat tawaran universiti (100 universiti terbaik) dan keputusan IELTS atau TOEFL.

3) My Brain/My Master/My PhD

Ini adalah tawaran biasiswa yang baik daripada pihak kerajaan untuk pengajian di universiti Malaysia atau universiti luar negara cawangan Malaysia. Boleh semak senarai universiti di laman web MyBrain15.

4) SLAB/SLAI

Khas untuk tutor, fellow atau pensyarah dari institusi pengajian awam. Para pensyarah IPTA sememangnya dimestikan untuk mempunyai PHD, jadi tiada masalah untuk biasiswa. Cuma para pensyarah perlu berusaha untuk mendapatkan surat tawaran universiti sebelum memasuki sesi temuduga bersama ahli panel yang selalunya terdiri daripada para profesor dan unit cuti belajar.

Lagi satu cara ialah para graduan mencari peluang fellowship atau tenaga pengajar muda dari IPTA. Setelah mendapat tempat di IPTA tersebut, barulah mula cari tempat untuk menyambung pelajaran.

4) Yayasan Khazanah

 Jika berminat, sila pastikan anda sudah mempunyai tawaran universiti sebelum membuat permohonan.

5) Yayasan/Kerajaan negeri

Sila semak negeri masing-masing. Setahu saya Yayasan Terengganu ada menawarkan biasiawa untuk anak-anak Terengganu untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

6) Zakat

Sila semak zakat di negeri masing-masing. Orang yang menuntut ilmu di jalan Allah termasuk dalam golongan asnaf juga.

Sekarang kita lihat pula beberapa biasiswa luar negara:

7) Chevening Award

Ini adalah biasiswa yang berprestij daripada United Kingdom. Para pemohon biasiswa ini mesti mempunyai pengalaman kerja tidak kira samada pekerjaan tetap, sementara atau sukarela selama 2 tahun atau 2800 jam. Tarikh tutup permohonan biasanya pada bulan November. Tempoh permohonan sangat pendek, jadi berwaspadalah selalu

8) Commonwealth Scholarship

Biasiswa ini khas untuk mereka dari negara-negara komanwel. Tarikh tutup permohonan berbeza mengikut negara, jadi sila semak website biasiswa komanwel Malaysia.

9) Fulbright Award

Ini adalah biasiswa berprestij daripada USA. Tahap kesukarannya seperti permohonan untuk Chevening. Para pemohon juga perlu ada pengalaman kerja dan mesti berwaspada dengan tempoh permohonan yang pendek.

10) Korean Government Scholarship

Biasiswa kerajaan Korea khas untuk pelajar antarabangsa. Proses pemilihannya sangat ketat dan bilangan calon yang dipilih mungkin berubah setiap tahun. Sila rujuk website kedutaan Korea untuk keterangan lanjut.

11) Japanese Government Scholarship

Biasiswa kerajaan Jepun untuk pelajar antarabangsa. Sila rujuk kedutaan Jepun untuk maklumat.

Dan banyak lagi sebenarnya. Boleh cuba google sendiri ye? Hehe.

Ingat, jangan takut sebelum mencuba. Di sini saya senaraikan biasiswa keluarga kami. Saya tiada niat untuk membanggakan keluarga sendiri. Saya cuma berharap anda akan mendapat inspirasi untuk terus mencuba dan tidak berputus asa.

  • Saya mendapat biasiswa dari kerajaan Iran untuk sarjana muda dalam Bahasa dan Sastera Parsi di Universiti Al-Zahra, Tehran. Ketika itu, saya sengaja bertanya tentang biasiswa di kedutaan Iran di KL. Rupa-rupanya mereka memang ada tawaran biasiswa cuma tiada yang memohon kerana tiada maklumat atau ‘takut’ kontroversi. Alhamdulillah memang rezeki saya mendapat biasiswa tanpa persaingan.
  • Saya berjaya mendapat Fulbright Award untuk Masters dalam Pengajian Timur Tengah di Washington University in Saint Louis, USA. Ketika itu yuran pengajian ditanggung oleh pihak universiti sendiri. Fulbright memberi duit poket setiap bulan melainkan cuti musim panas selama 3 bulan. Untuk 3 bulan tanpa biasiswa, saya cuba meminta duit zakat negeri dan alhamdulillah saya dapat. Jadi di USA, saya ada 3 penaja: pihak universiti, Fulbright dan zakat.
  • Sekarang saya sedang mengikuti pengajian PhD dalam Sastera Bandingan (Arab-Melayu-Parsi) di SOAS, University of London. Memandangkan saya pensyarah muda di UKM, maka saya mendapat biasiswa SLAB/SLAI.
  • Suami saya mendapat biasiswa JPA untuk ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of Yamanashi, Jepun.
  • Adik lelaki saya berjaya mendapat biasiswa JPA untuk bidang perubatan di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir.
  • Adik perempuan pertama saya sangat teringin belajar di Korea. Saya cuba cari tawaran biasiswa dan terjumpa Korean Government Scholarship. Malangnya ketika itu, mereka tidak menawarkan biasiswa pada Malaysia sedangkan negara serantau mendapat peluang. Saya buat kerja gila dengan menghantar emel pada Kementerian Pendidikan Korea dan ‘menggoreng’ tentang kepentingan hubungan Malaysia-Korea, minat orang Malaysia terhadap Korea dan harapan untuk membuka peluang biasiswa untuk rakyat Malaysia juga. Tidak saya sangka sama sekali yang saya mendapat balasan emel mengatakan mereka akan membawa cadangan saya ke mesyuarat seterusnya! Tidak lama kemudian, kedutaan Korea membuat pengumuman tentang tawaran biasiswa! Saya tidak mengatakan saya yang menjadi punca mereka menawarkan biasiswa pada rakyat Malaysia. Pengajarannya di sini ialah jangan segan untuk mencuba dan bertanya walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak lojik.

Sayangnya adik saya gagal ketika pertama kali memohon Korean Government Scholarship. Tahun berikutnya dia cuba lagi dan alhamdulillah berjaya. Dia baru saja selesai pengajian sarjana muda dalam major English dan minor Business di Suwon University, Korea.

  • Adik perempuan kedua saya juga berjaya mendapat Korean Government Scholarship dan kini sedang belajar di Korea University dalam bidang Food Science.
  • Adik lelaki kedua saya mendapat Turkish Goverment Scholarship dan kini dia sedang mengikuti pengajian BA dalam Sejarah Turki Uthmaniyyah di Bosphorus/Bogazici University di Istanbul.

Kesimpulannya, jangan takut mencuba. Rajinlah berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah anda pasti berjaya.

graduation-students-graduates-silhouette

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL