no comments

Petua Mahasiswa Cemerlang Dari Pakar Motivasi Terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah

Setiap mahasiswa/mahasiswi menginginkan dan mengimpikan keputusan yang cemerlang dan yang terbaik di dalam setiap keputusan peperiksaan universiti. Mahasiswa/mahasiswi juga perlu memperolehi pelbagai tips dan kaedah yang efektif  untuk menjadikan sistem pembelajaran lebih terurus dan teratur. Di sini terdapat beberapa petua untuk menjadikan diri sebagai mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang.

Menurut Dr. Fdzilah Kamsah, seorang pakar motivasi terkenal, pelajar cemerlang akan :

  • Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  • Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  • Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan.
  • Belajar selama 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  • Belajar dalam persekitaran yang kondusif.
    • Pastikan cahaya di persekitaran adalah terang
    • Kurangkan gangguan bunyi
    • Tampal poster yang mengandungi slogan yang boleh menaikkan semangat belajar
    • Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • Kerusi dan meja hendaklah diletakkan menghadap kiblat
    • Jangan lupa untuk senyum
  • Tidak ponteng kelas. Sekiranya tertinggal kelas disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, anda hendaklah menyalin nota dari rakan.
  • Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan menjawab soalan.
  • Mengetahui teknik-teknik untuk merangsang memori:
    • Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • Mengingat kembali (recall)
    • Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  • Sentiasa awal dan mendahului:
    • Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya, berbanding dengan pelajar yang sering gagal kerana mereka mungkin menjadi kurang bersemangat selepas mengetahui keputusan peperiksaan.
    • Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • Untuk sentiasa awal dan mendahului, anda hendaklah membaca bahan pembelajaran terlebih dahulu sekali atau 2 kali sebelum masuk ke kelas.
  • Sentiasa berbuat baik dengan guru, menghormati dan menyayangi guru.
  • Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul dan tenang
    • Memberikan tumpuan sepenuhnya
    • Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih, kerana apabila seseorang belajar dalam keadaan letih otak menjadi sukar untuk menerima setiap apa yang dibaca.
  • Rehatkan diri sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, anda perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca al-quran atau berzikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar  kerana kita akan lupa 80% selepas belajar.
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  • Mengetahui bahawa mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  • Mengetahui petua mengulang kaji:
    • Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa anda
    • Menyiapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • Duduk dalam keadaan tegak dikerusi yang selesa
    • Membaca doa penerang hati
    • Membaca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • Fikir dan ingat kembali isi utama
    • Mencatat atau melakar
    • Menyemak semula ketepatan maklumat
    • Mengulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • Membuat rumusan keseluruhan
    • Menjawab soalan
    • Menampal maklumat yang rumit di dinding
    • Membaca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  • Memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  • Mengetahui petua-petua agar tidak lupa:
    • Jangan makan kepala ikan
    • Jangan makan organ dalaman haiwan seperti hati ayam dan hati lembu
    • Jangan minum semasa makan
    • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut mempunyai sejenis asid yang boleh menjadikan kita lupa.
    • Jangan melihat kemaluan
    • Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • Banyakkan makan kekacang
    • Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • Jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • Jangan kencing berdiri
  • Mengetahui kemahiran mengingat:
    • Tampal nota-nota penting di dinding
    • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah (membuat peta minda)
    • Gunakan kaedah akronim
    • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  • Cekap mengatur jadual belajar:
    • Mempunyai jadual belajar
    • Patuh kepada jadual
    • Buat jadual yang boleh diikuti, seperti tidak terlalu padat
  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  • Pelbagaikan tempat belajar.
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Bertanya kepada guru apabila tidak faham tentang sesuatu perkara.
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  • Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • Taat kepada Allah
    • Mendirikan sembahyang
    • Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • Menghormati & menyayangi guru
    • Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • Membantu rakan-rakan yang memerlukan
    • Berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • Sentiasa bertawakal
    • Mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Sumber: macam-2.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL