1 comments

6 Perkara Penting Untuk Mencapai Kejayaan Bagi Seorang Pascasiswazah

Kejayaan merupakan satu pencapaian yang jujur didalam apa jua yang kita kehendaki didalam hidup ini. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan kehendak seseorang itu. Kejayaan  selalu disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman fikiran. Ia akan dapat dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong ketenteraman fikiran seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar cemerlang. Antara faktor yang menjadikan pelajar itu seorang yang cemerlang ialah:

  • KELUARGA

Galakan serta dorongan keluarga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.

 Love-Bond-of-Perfection-family

  • PENGURUSAN MASA YANG BETUL  

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Pengurusan masa yang tidak efektif akan menganggu kehidupan seharian. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Pelajar selalu mengeluh akibat masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan,tetapi sebaliknya pengurusan masa mereka yang tidak betul. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya.  Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Contohnya ialah masa untuk mengulang kaji,beriadah,masa untuk menonton, dan masa untuk menyelesaikan tugasan. Perbezaan antara individu yang cemerlang dapat dilihat dari hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan.

Demi-Masa-Duit-Emas

 

  • SARANAN DIRI YANG POSITIF 

Seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai saranan diri positif. Saranan diri yang positif perlu untuk merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda boleh mencipta kata-kata anda yang sendiri. Contohnya “kalau orang lain boleh aku juga boleh” atau” setiap kata-kataku pasti akan ku kotakan”. Jadikanlah kata-kata sebagai saranan dan pembangkit semangat dalam kehidupan.

positive-thinking-b

 

  • BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya”. Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

265763_cabinet

  • FOKUS

Fokus adalah sangat penting untuk mencipta kejayaan diri seseorang selain itu, juga apabil seseorang individu fokus dalam melaksanakan sesuatu tugasan insya’allah pasti kejayaan akan tercipta. Contohnya seorang itu menanamkan fokus yang positif dalam diri sendiri ‘aku akan siapkan tugasan dalam minggu ini juga’ dengan adanya sikap begitu pasti sesuatu tugasan akan siap dengan tarikh yag telah ditetapkan.Disamping itu juga, amalan fokus ini harus dilakukan dalam kehidupan seharian tidak kira dimana anda berada.

Fotograf mit Distagon T* 2,8/21 ZE in der Anwendung ¦ Photographer using the new Distagon T* 2,8/21 ZE

  • MEMPUNYAI MODEL IKUTAN

Bagi seorang pelajar tidak kira peringkat sekolah rendah dan  sekolah menengah atau peringkat tinggi unversiti mereka seharusnya mempunyai model ikutan dalam membina sesuatu kejayaan untuk masa hadapan yang akan datang dan mencipta kecemerlangan dalam diri sendiri. Namun begitu sebagai umat Islam model ikutan kita yang pertama sekali adalah Nabi Muhammad s.a.w  kerana beliau mempunyai sikap dan akhlak terpuji yang tinggi dalam mencipta sesuatu kejayaan.

ptg02295914

Sumber : pelajarcemerlang10.blogspot.my

 


 

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL