no comments

10 Petua Mudah Dan Ringkas Untuk Penulisan Tesis Yang Mantap. #6 Paling Sukar Dilakukan

Nota Editor: 10 tips penulisan tesis ini dikongsikan agar dapat membantu para pelajar yang sedang atau belum memulakan penulisan tesis. Bagi yang masih belum tahu apa yang perlu dilakukan, tips-tips ini dapat mempercepatkan penulisan tesis anda dengan merancang setiap peraturan dan langkah-langkah seperti dibawah.

shutterstock_4

1. Tentukan Waktu Mula

Tetapkan satu tarikh untuk memulakan penulisan apabila selesai penyelidikan. Dengan menetapkan satu tarikh akhir untuk penyelidikan dapat membantu anda fokus dan menambah kualiti tesis anda. Anda mungkin tidak boleh menyelesaikan semua perkara mengikut apa yang telah dirancang, tetapi dengan cara ini anda akan rasa lebih selesa untuk mengikut perancangan yang dibuat.

2. Tentukan Waktu Akhir

Tetapkan tarikh tamat untuk menyelesaikan tesis anda (biasanya 3 bulan selepas tarikh permulaan). Jika ianya dirasakan tidak mungkin untuk menyiapkankan tesis dalam masa yang ditetapkan, tuliskan setiap alasan, dan tanya pada diri sendiri mengapa tidak boleh diselesaikan.

3. Tentukan Tarikh Untuk Setiap Tajuk

Anda seharusnya telah bersedia dengan idea-idea mengenai isi kandungan mengikut setiap topik. Tetapkan tarikh-tarikh akhir untuk setiap tajuk (seperti 2 minggu untuk satu tajuk). Jika tidak anda akan selalu menangguhkan kerja pada hari berikutnya.

4. Target Untuk Setiap Hari

Target untuk menulis 500 perkataan dalam satu hari. Cara ini lebih mudah, dan ini adalah cara untuk anda mencapai setiap perancangan. Hal ini juga mengurangkan tekanan anda dan memberi masa yang mencukupi untuk menulis 500 perkataan yang berkualiti.

5. Cipta Persekitaran Yang Bersahaja

Secara ideal, lakukan kerja di komputer tanpa sambungan internet, tetapi sekiranya tidak berkesan, tutup semua notifikasi automatik e-mel. Letakkan monitor komputer selari dengan aras mata supaya anda tidak mengalami sakit leher dan belakang.DSC_0122

6. Gunakan Masa Dengan Bijak

Hanya aktifkan komputer anda apabila hendak melakukan kerja. Jika tidak anda merugikan masa yang sepatutnya digunakan untuk menulis dengan perkara yang tidak berfaedah.

7. 2 Jam, Kemudian Berehat Sebentar

Periksa e-mel dan notifikasi media sosial anda hanya selepas 2 jam anda menyelesaikan kerja. Selain dari itu ianya tidak perlu kerana mengganggu kerja anda, tetapi ianya dibenarkan sekiranya melibatkan perkara yang penting.

8. 25 Minit Pada Satu Masa

Gunakan pemasa, bekerja secara intensif selama 25 minit untuk satu perkara, kemudian berehat sebentar selama 5 minit. Sepanjang 5 minit tersebut, jauhkan diri anda dari komputer, ambil secawan teh, regangkan kaki dan lakukan perkara lain.

9. Cabar Diri 

Jauhkan diri anda dari komputer sekiranya tidak melakukan kerja. Ramai yang mengganggap ini sebagai cabaran tetapi cuba untuk tidak berada bersama komputer samada sedang bekerja atau tidak.

10. Jaga Diri

Jadi yang terbaik untuk diri sendiri, makan yang mencukupi, tidur yang nyenyak dan bersosial jika perlu. Hal ini menjadi lebih mudah sekiranya anda mengikuti tips-tips diatas, kerana anda akan mempunyai masa lebih untuk perkara yang lebih menyeronokkan.

Selamat maju jaya!

Sumber: walternewbury.co.uk

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL