no comments

3 Minit Penulisan Kajian Literatur Menggunakan Teknik “Snowball”

Nota Editor : Teknik “Snowball” ini telah dikongsikan oleh seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia iaitu Dr. Nurkhamimi Zainuddin. Teknik ini adalah salah satu teknik sampling dalam menghasilkan Kajian Literatur atau Literature Review. Ikuti perkongsian ini bagaimana beliau menyiapkan penulisan Literature Review dengan hanya 3 minit. Menarik dan mudah!

Melalui teknik “Snowball” atau bebola ais ini, maklumat lebih mudah dikumpulkan dan lebih teratur kronologinya. Cara mempraktikkan teknik ini adalah seperti berikut :

  1. Cari satu artikel utama (antara 2010 hingga 2015 iaitu sekitar 5 tahun) yang mengandungi rujukan yang berkaitan dengan tajuk artikel.
  2. Tandakan bahagian tersebut dan cari artikel yang ditandakan di dalam rujukan tadi.
  3. Kemudian, tandakan pada artikel berkaitan di bahagian rujukan artikel ke dua dan cari artikel tersebut. Ini akan membawa kepada maklumat yang lebih banyak.

Untuk lebih memahami kaedah ini, tonton video 3 minit di bawah:

Walaubagaimanapun, setiap teknik mempunyai kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan teknik “Snowball“, iaitu anda akan mengalami masalah maklumat yang berlebihan kerana semakin dikaji semakin banyak maklumat yang diperoleh.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Dr. Nurkhamimi Zainuddin

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL