no comments

Panduan Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB), JPA

Panduan bagi penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sudahkah anda tahu mengenai tanggungjawab anda sebagai penerima HLP? Sebagai penerima HLP dan CBBPTB, terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu sebelum memulakan pengajian, semasa mengikuti pengajian dan selepas tamat pengajian.

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian sebelum memulakan pengajian:

  1. Menghadiri majlis taklimat.
  2. Hadir dan lulus kursus persediaan sarjana atau Phd di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
  3. Hadir dan lulus Kursus Latihan Transformasi bagi pegawai yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara.
  4. Memohon sekurang-kurangnya 3 institusi pengajian yang telah disenaraikan oleh JPA dan mendapatkan tempat pengajian.
  5. Melengkapkan dan mengemukakan kepada JPA borang maklumat diri, pemeriksaan kesihatan, dokumen perjanjian dan surat tawaran universiti tidak bersyarat atau unconditional offer.
  6. Memastikan urusan perkhidmatan di tempat kerja, pengisian markah LNPT, urusan cuti, urusan serahan kuaters serta urusan sewa beli rumah dan kenderaan diselesaikan terlebih dahulu.

Setelah mendapat surat tawaran daripada JPA, pegawai perlu:

  1. Mendaftar dan memulakan pengajian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan JPA.
  2. Mengemukakan pelan pengajian dan keputusan peperiksaan atau progress report setiap semester kepada JPA.
  3. Menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.
  4. Mengemukakan permohonan kepada JPA bagi menggunakan kemudahan kutipan data, membuat pembentangan dan menjalani latihan amali.
  5. Memaklumkan kepada JPA dari semasa ke semasa sekiranya menghadapi sebarang masalah sepanjang pengajian.

Setelah selesai menduduki peperiksaan akhir atau tamat tempoh cuti belajar, pegawai dikehendaki melapor diri untuk kembali bertugas.

Bagi perkhidmatan gunasama, pegawai hendaklah melapor diri di JPA dan bagi pegawai perkhidmatan bukan gunasama, hendaklah melapor diri kepada ketua jabatan masing-masing.

Semasa urusan melapor diri, pegawai hendaklah melengkapkan borang profil diri dan borang penilaian kursus serta mengembalikan semula kepada JPA. Selain itu, bagi tujuan tuntutan elaun tesis, pegawai hendaklah mengemukakan salinan tesis dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih kerana menonton. Diharap segala yang dikongsi memberi panduan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Tahniah dan selamat maju jaya!

Kredit : Farid Iqbal Ibrahim 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL