no comments

6 Perkara Ini Wajib Difikirkan Oleh Setiap Pelajar Pascasiswazah. #5 Membakar Semangat!

Tempoh hari, kami sudah perkenalkan anda kepada Dr Othman Talib, atau nama panggilannya Dr OT. Kisah bagaimana dia mentransformasikan dirinya menjadi luar biasa di atas usahanya yang tidak mengenal erti putus asa. Kisah tersebut boleh dibaca melalui pautan ini.

Ternyata, pensyarah berjiwa besar ini tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar pascasiswazah. Sehinggakan, pada hari cuti di Awal Muharam lalu pun dia masih berkesempatan untuk post sesuatu ilmu di laman Facebook miliknya. Jom, ketahui 6 perkara yang perlu difikirkan oleh setiap pelajar pascasiswazah ini.

6 Perkara Yang Perlu Anda Fikirkan:

  • Halangan yang paling besar semasa menulis tesis adalah KETAKUTAN untuk memulakan PENULISAN anda.

 

  • Anda tidak akan mula berfikir sekiranya anda tidak mulakan aktiviti menulis.

 

  • Anda akan membuat kesilapan ketika menulis, tetapi lebih bagus jika anda membuat kesilapan itu lebih awal!

 

  • Menulis sebuah perenggan yang kurang bersesuaian secara berterusan adalah jauh lebih bagus daripada merenung halaman yang kosong!

 

  • Menulis walaupun dengan banyak kesilapan tatabahasa masih lagi dianggap sebagai progres penulisan.

 

  • Tulislah dengan cepat, kerana walaupun tesis anda dihantar tepat pada waktunya, anda sudah pun terlewat untuk Graduate On Time (GOT).

 

Dr OT SS

Semoga 6 perkara yang dibangkitkan oleh Dr OT ini dapat membantu meningkatkan semangat setiap para pelajar pascasiswazah untuk menamatkan penulisan tesis mereka.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL