no comments

Transformasi Ke Arah Luar Biasa, Dr Othman Talib Cetuskan Konsep Penulisan Tesis Mudah

Kenalkah anda dengan nama Dr Othman Talib?

Pernahkah anda mendengar teknik penulisan tesis mudah? Atau mungkin juga teknik Mendeley?

Jika belum pernah, maka kami sarankan untuk anda segera mengenali siapakah dia Dr Othman Talib dan juga teknik-teknik yang dipeloporinya. Pensyarah Universiti Putra Malaysia ini amat sinonim sebagai seorang pensyarah yang mempopularkan teknik penulisan tesis mudah dalam kalangan pelajar pascasiswazah. Ternyata teknik yang digunapakai dalam menangani permasalahan penulisan tesis amat berkesan. Sehinggakan, banyak testimonial daripada para pelajar yang berterima kasih terhadap perkongsian ilmu oleh Dr Othman Talib yang juga dikenali sebagai Dr OT. Kini, Dr OT juga sudah boleh dianggap sebagai sifu penulisan tesis kerana begitu ramai penuntut pascasiswazah yang mengikuti siri penulisannya di laman Facebook.

Siapa sangka, seseorang yang dahulunya lemah di dalam penguasaan Bahasa Inggeris kini mampu bertutur dan berkomunikasi dengan lancar menggunakan bahasa tersebut. Inilah berkat kegigihan dan ketekunan Dr OT dalam menimba ilmu pengetahuan. Sikapnya yang tidak berputus asa membuatkan dia akhirnya berjaya mencapai Band 7 di dalam peperiksaan IELTS.

Mari ikuti wartawan Dania Zainuddin yang diberi peluang untuk mengorek rahsia Dr OT dalam mentransformasikan dirinya menjadi luar biasa, lalu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengikut jejak langkahnya. Jom!

Sumber: Astro Awani

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL