no comments

Dialah Supervisorku

dialah supervisorku-600x850

Buku “Dialah Supervisorku” adalah satu tulisan yang menyentuh persoalan pelajar siswazah serta supervisor dan penyeliaan. Buku yang ditulis dengan bahasa perbualan ini menyingkap isu-isu penyeliaan tesis dan proposal kajian serta hubungan antara supervisee-supervisor yang seringkali panas dan menimbulkan konflik. Pendedahan yang dibuat dalam buku ini perlu diterima dengan sikap terbuka dan positif. Supervisor sebagai manusia biasa mempunyai kekuatan dan kelemahan. Supervisor dalam banyak perkara perlu sikap terbuka, positif tanpa memandang rendah pelajar mereka. Buku ini perlu menjadi pedoman supervisor yang baru  dalam dunia penyeliaan serta pelajar siswazah yang juga perlu bersedia fizikal dan mental sebelum mengharungi dunia akademik dan penulisan tesis dibawah penyeliaan supervisor masing-masing. Buku kecil ini dapat memberi impak yang besar dalam memurnikan lagi hubungan mutual supervisor-supervisee.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL