no comments

Penyelidikan dan Tesis “the power of determination”

16

SIAPA YANG PATUT BACA BUKU INI DAN KENAPA?

Naskah ini WAJIB dimiliki oleh pelajar pascasiswazah, bakal-bakal supervisor dan supervisor muda serta pensyarah yang sedang membuat penyelidikan khususnya dalam bidang sains sosial sama ada di IPGM, Kolej, Maktab ataupun IPTA / IPTS.

Naskah ini adalah himpunan pengalaman penulis yang telah berinteraksi dengan ribuan pelajar pascasiswazah serta penyelidik muda dalam dan luar negara. Buku ini sesuai bagi mereka yang inginkan pembacaan secara santai. Ianya mengandungi tajuk-tajuk kecil yang mungkin tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku, apatah lagi untuk dibincangkan secara terbuka. Tajuk yang sebahagiannya membawa idea yang “mengongsang arus” bertujuan untuk membuka mata penyelidik muda akan kewujudan pelbagai persepsi yang kurang tepat terhadap perjalanan membuat kajian dan penulisan tesis sehingga mengundang kekeliruan yang bukan sedikit.

TENTANG PENULIS

Othman Talib, berpendidikan Sekolah Menengah KGV, Seremban. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) UKM, Sarjana Sains (Pedagogi) UPM dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (Pendidikan Sains) dari The University of Adelaide, Australia. Beliau mempunyai minat dalam penyelidikan Pendidikan Kimia dan Animasi sehingga berjaya mendapat pengikhtirafan PINGAT EMAS di Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (UPM), The Research and Innovation Exhibition (UPSI) dan Malaysian Technology Expo (MTE 2012) serta PINGAT PERAK di Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2009). Beliau juga dikenali sebagai Dr. OT merupakan penulis blog santai dalam membincangkan masalah pascasiswazah yang terlibat dalam penyelidikan dan penulisan tesis. Blog beliau www.drotspss.blogspot.com diterima ramai sehingga dianugerahkan antara tiga blog terbaik oleh Malaysian Educational Blogging Summit 2011. Beliau telah menghasilkan pelbagai teknik dan idea efisyen dalam penulisan tesis seperti RFOT (Research Template of Thesis), OFOT (One File One Thesis), ZDOT (Zero Draft of Thesis), KOT (Keep on Track) dan SROT (Speed Reading on Target) sehingga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel PENULISAN TESIS, MENDELEY, SPSS dan ATLAS.TI.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL