no comments

UTM Duduki Tangga Pertama Bagi Kedudukan Universiti Terbaik Di Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Skudai, Johor Bahru telah berjaya menduduki tangga pertama bagi kedudukan universiti terbaik di Malaysia. Kedudukan ini telah dikeluarkan oleh pihak Times Higher Education World University Rankings 2015/2016. Institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini telah berjaya mengatasi beberapa universiti tersohor tanahair iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan akhir sekali, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kedudukan ini dikeluarkan setelah pihak Times menganalisis maklumat daripada data yang telah diberikan oleh pihak universiti.

UTM 03Pemandangan udara Universiti Teknologi Malaysia

Pada tahun ini, sebanyak 800 buah universiti telah disenaraikan oleh pihak Times dan UTM telah berada di paras kedudukan 401-500, sekaligus meletakkan ia di kedudukan terbaik bagi peringkat negara Malaysia. Manakala, UKM, UPM, USM dan UiTM masing-masing berada di paras kedudukan 601-800. Oh ya, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana pula dengan kedudukan universiti pertama di Malaysia, iaitu Universiti Malaya (UM)?

Untuk makluman anda, UM tidak terlibat di dalam penilaian kedudukan ini kerana pihak universiti tidak memberikan sebarang data kepada pihak Times. Editor kepada Times Higher Education World University Rankings 2015/2016, iaitu Phil Baty telah menyatakan kekesalannya kerana tindakan oleh universiti tersebut dan beliau turut menyatakan harapan agar pihak UM akan berminat untuk menyertai penilaian kedudukan ini pada masa akan datang.

Baty turut berkata, Malaysia sudah banyak melalui proses penambahbaikan dalam sistem pendidikannya. Ini dapat dilihat apabila kemasukan ke universiti telah meningkat sebanyak 70% berbanding sedekad yang lalu. Jelaslah di sini, pihak kerajaan Malaysia semakin menitikberatkan sistem pengajian tinggi dalam negara.

Sementara itu, National University of Singapore (NUS) pula kekal di tangga pertama dalam kedudukan universiti terbaik peringkat Asia. Di peringkat global, NUS berada di kedudukan ke-26. Selain itu, dua buah universiti di Asia yang turut berada di tangga 50 terbaik adalah Universiti Peking dan Universiti Tsinghua. Masing-masing berada di kedudukan ke-42 dan ke-47.

UTM 01National University of Singapore

Namun, jangan terkejut apabila menurut laporan kedudukan Times Higher Education World University Rankings 2015/2016 menyatakan bukan Universiti Oxford atau Universiti Harvard yang berada di tangga pertama. Di kedudukan pertama dalam kedudukan ini adalah Institut Teknologi California. Kedudukan 10 universiti terbaik dunia adalah seperti berikut:

  1. California Institute of Technology
  2. Oxford University
  3. Stanford University
  4. Cambridge University
  5. Massachusetts Institute of Technology
  6. Harvard University
  7. Princeton University
  8. Imperial College London
  9. Swiss Federal Institute of Technology Zurich
  10. University of Chicago

Sumber: TheStar

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL