no comments

Reka Bentuk Penyelidikan

rekabentukpenyelidikan-600x850

PENYELIDIKAN merupakan suatu proses saintifik. Seorang penyelidik wajar sedar tentang beberapa peringkat di dalam penyelidikan dan perlu menguasai kemahiran melaksanakan proses penyelidikannya pada peringkat yang berkenaan. Penyelidik yang tekun dan beriltizam dalam tugasnya akan dapat merasakan kepuasan apabila hasil kajiannya dapat disempurnakan.

Buku ini memberi panduan kepada penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan. Selain itu, menariknya buku ini kerana ia turut mengemukakan beberapa petua kepada penyelidik tentang cara memudahkan analisis data dalam usaha menulis laporan kajian. Pengarang turut membimbing penyelidik tentang cara mengatasi masalah yang sering berlaku dalam penyelidikann sains sosial terapan berhubung kejituan dapatan kajian. Tumpuan juga dititikberatkan pada penetuan jenias persempelan apabila ujian statistik diguna bagi memastikan kejituan analisis data dalam menjalankan penyelidikan.

Aspek cara memperoleh kebolehpercayaan yang tinggi dalam penggubalan soal selidik juga diberi tumpuan. Di samping itu, pengarang mengemukakan pentingnya etika penyelidikan dipatuhi oleh para penyelidik.

Sedikit Tentang Penulis

PROF MADYA DR SIDEK MOHD NOAH merupakan lulusan sarjana dari Western Michigan University, USA. Pengkhususan beliau ialah Kaunseling Kerjaya dan Penilaian dalam Kaunseling. Beliau seterusnya memperoleh PhD dalam bidang Psikologi Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996.

Di samping bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik di Fakulti Pendidikan, UPM, pengarang aktif dalam kerja-kerja perundangan dan pengembangan, khususnya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepakaran beliau juga sering disumbangkan untuk kursus dan latihan kepada kakitangan pelbagai sektor awam dan swasta. Pengarang juga terlibat dalam memberikan kursus motivasi disamping menjadi personaliti dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Jendela Pagi di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL