no comments

Rahsia Kejayaan Menulis Jurnal Berimpak Tinggi Buku Dan Tesis

jurnalimpaktinggi-600x850

Sebanyak 60 rahsia kejayaan menulis manuskrip untuk jurnal berimpak tinggi, buku dan tesis didedahkan di dalam buku ini. Penyelidik yang telah berpengalaman menulis atau pelajar siswazah yang baru mula menulis akan mendapati buku ini berguna sebagai panduan. Gaya penulisan buku ini yang mudah dan jelas pasti akan membantu penyelidik untuk menjadi penulis yang berjaya. Buku ini boleh dibaca mengikut bahagian yang diperlukan dan tidak perlu dibaca dari mula hingga akhir. Sebagai contoh bahagian abstrak boleh dibaca untuk mengetahui rahsia penulisan abstrak tanpa membaca bahagian sebelumnya. Cara menulis tesis dan cara menjawab soalan pemeriksa juga dibincangkan. Buku ini adalah panduan bagi penyelidik yang serius dalam penulisan berimpak tinggi.

Tentang Penulis

ROSLAN ABD SHUKOR, PhD, FMASS, FMSA, FASC, FInstP (London) adalah Profesor di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang superkonduktor suhu tinggi, beliau juga sering dijemput memberi syarahan mengenai penulisan manuskrip untuk jurnal dan kaedah pengurusan jurnal. Beliau adalah Felo, The Institute of Physics, London dan Akademi Sains Malaysia, dan juga Felo Pelawat di Department of Physics, Princeton University, Amerika Syarikat.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL