no comments

SPSS-Analisis Data Kuantitatif Untuk Penyelidik Muda

spssdrot-600x850

Statistik adalah satu disiplin ilmu yang banyak menggunakan simbol dan rumus sehingga menyukarkan pemahaman sebahagian besar pelajar. Namun begitu, statistik menjadi satu alat untuk mentafsir data dari kajian sehingga mempelajari statistik sesuatu yang tidak dapat dielakkan, khususnya di peringkat pengajian siswazah. Kewujudan IBM SPSS Statistics sebagai satu aplikasi perisian komputer yang mesra pengguna, telah memberi peluang kepada pengguna yang kurang menguasai statistik secara mendalam tetapi masih boleh menganalisis data penyelidikan dengan sistematik dan lengkap.

Pendekatan ini diambil bagi menghasilkan satu buku yang dibaca dan difahami sebagai satu proses analisis data yang lengkap dengan exploratory data analysis, missing value analysis, menguji syarat analisis (seperti Mahalanobis distances, multicollinearity, singularity, sphericity), pengujian kenormalan skewness dan kurtosis, membuat pelaporan dan transformasi data ordinal ke sl.

Siapa yang patut miliki buku ini?

Naskah ini wajib dimiliki oleh pelajar program ijazah, sarjana hingga kedoktoran serta penyelidik dan pensyarah muda yang banyak membuat kajian kuatitatif khususnya dalam bidang sains sosial sama ada di IPGM, Kolej, Maktab ataupun IPTA/IPTS.

Kenapa?

Kerana naskah ini dihasilkan dari pengalaman penulis khas untuk penyelidik muda yang memerlukan fokus kepada analisis data kuantitatif menggunakan perisian SPSS dengan pendekatan langkah demi langkah yang lengkap. Naskah ini hanya menggunakan satu contoh lengkap yang meliputi kajian tinjauan dan eksperimen bagi memudahkan pembaca memahami proses mengurus data dari awal, termasuk menguruskan data yang hilang sehingga analisis yang lengkap beserta laporan ringkas.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL