no comments

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagaimana Menulis Tesis PhD Hanya Dalam Masa 6 Bulan

Menulis sebuah tesis pastinya memerlukan pengorbanan masa dan usaha yang tinggi daripada penulisnya. Penulisan tesis di peringkat sarjana muda juga sudah membuatkan ramai pelajar berputus asa dan tertekan, inikan pula penulisan tesis di peringkat yang lebih tinggi. Terutama sekali apabila anda kini sedang menulis sebuah tesis untuk penilaian PhD, pastinya kesukaran itu berganda-ganda berbanding adik-adik di peringkat sarjana muda.

Namun begitu, jangan cepat mengalah dan teruskan usaha anda bagi meraih kelayakan pendidikan yang tertinggi ini. Sudah ramai yang bergelar Doktor Falsafah, jadi mengapa anda pula tidak boleh? Tekadkan keazaman serta kuatkan lagi kemahuan anda untuk lulus cemerlang bagi peringkat ijazah kedoktoran ini.

Di samping itu, rajin-rajinkan diri juga untuk mendapatkan ilmu-ilmu sampingan bagi membantu anda menamatkan pengembaraan PhD ini seperti dengan mendengarkan rakaman audio daripada ceramah Scott Rank, salah seorang calon PhD. Di dalam ceramahnya itu, Scott Rank telah sudi berkongsikan langkah demi langkah bagaimana memecahkan fenomena writer’s block dan seterusnya memulakan penulisan tesis PhD anda. Selain itu, lelaki itu juga berbesar hati berkongsikan beberapa tips berikut:

  • Rutin harian ringkas yang akan membantu anda menulis tesis PhD
  • Bagaimana untuk menulis tesis PhD anda pada setiap hari
  • Bagaimana untuk menulis tesis PhD walaupun kajian anda masih belum lengkap
  • Bagaimana untuk memanfaatkan pertemuan bersama penyelia anda
  • Bagaimana untuk mendapatkan bantuan rakan, walaupun mereka bukan penuntut pascasiswazah

Semoga perkongsian daripada Scott Rank ini akan membantu anda menamatkan perjalanan PhD dengan cemerlang lagi bergaya!

Sumber: Youtube

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL