no comments

5 Masalah Buat Bakal Majikan Tolak Resume Anda

Tahukah anda, masih ramai yang gagal mendapat kerja disebabkan oleh resume yang kurang memuaskan pihak majikan? Apa perasaan anda jika melihat resume anda dibuang begitu sahaja? Pasti kecewa bukan?

“Alaaa…dah banyak tempat aku mohon kerja, tak dapat-dapat juga kerja. Fed up lah macam ni!”

Ya, sememangnya itulah hakikat dan realiti yang harus anda terima jika resume anda tidak memenuhi ‘citarasa’ mereka. Adakah resume seperti ini yang anda harapkan? Atau anda ingin mengetahui cara memikat hati bakal majikan anda?

Apa masalah dengan resume anda sebenarnya?

Antara masalah dalam penulisan resume kerja adalah:

Masalah 1 : Menulis Resume Tanpa Strategi Yang Betul

Dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, anda mungkin tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, anda juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan anda. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan anda adalah sia-sia ATAU mungkin juga dengan informasi yang terlalu banyak berkaitan penulisan resume kerja di internet akan membuat diri anda overload dan akhirnya keliru panduan mana yang perlu diikuti.

los-angeles-cio-strategic-planning

Masalah 2 : Kesalahan Ejaan Terlalu Banyak

Masalah ini memberi gambaran yang sangat negatif terhadap diri anda daripada kaca mata majikan. Ini secara tidak langsung menggugat kredibiliti anda sehingga menutup peluang kerjaya anda. Mungkin hanya kerana satu kesalahan ejaan, resume kerja anda sudah berada di dalam tong sampah! Bak kata pepatah, ”Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga.”

pemadam-backspace-padam-salah-eja-tulis-typo

Masalah 3 : Maklumat Tidak Lengkap

Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume anda. Ada maklumat yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam resume. Contohnya perlu ada maklumat untuk dihubungi, pencapaian, kisah career, dan URL yang relevan. Anda tidak perlu menyatakan hobi anda, tidak perlu emel yang kebudak-budakan, dan font yang ketinggalan zaman (guna font seperti Arial).

Masalah 4 : Gambar Tidak Sesuai Atau Tiada Gambar

Dalam penulisan resume, salah satu elemen yang wajib diletakkan adalah gambar anda. Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap anda. Anda tidak perlu meletakkan gambar selfie anda sewaktu berhari raya atau gambar anda bersama keluarga yang telah di ‘crop’.

tiada_gambar

Masalah 5 : Melipat Resume

Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimana anda melipat resume kerja dan hantar melalui sampul surat yang tidak sesuai. Walaupun hal ini nampak remeh namun ia adalah kesalahan-kesalahan yang tanpa kita sedari memberi gambaran negatif terhadap diri kita.

Sumber : panduanresume.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL