no comments

4 Kelebihan Mendaftar Kursus Di Luar Bidang Sarjana Anda

Rata-rata bidang pascasiswazah menawarkan pilihan modul yang lebih meluas daripada bidang peringkat sarjana muda, namun pastinya kita masih mahu memberikan tumpuan kepada satu-satu bidang. Kebanyakan universiti akan membenarkan para pelajar pascasiswazahnya untuk mendaftar subjek atau kursus di luar bidang utama mereka untuk penambahan kredit, asalkan pelajar memberikan justifikasi yang setimpal dengan pilihan mereka itu. Tetapi, walaupun adakalanya universiti tidak membenarkan pelajar untuk mengambil kredit di luar bidang utama, pensyarah yang mengajar masih bersikap terbuka untuk menerima kehadiran pelajar luar yang dahagakan ilmu tambahan.

Namun begitu, apakah kelebihan mendaftar kursus di luar bidang utama kita?

1. Latarbelakang dan Konteks

Kadangkala, mengambil subjek atau kursus di luar bidang utama pelajar dapat membantu mereka menambah kefahaman terhadap latarbelakang dan konteks bidang tersebut. Contohnya, anda merupakan pelajar bidang kajian agama. Oleh itu, ia mungkin membantu sekiranya anda mengambil subjek tambahan di dalam kajian sejarah atau seni terhadap sesuatu era itu dan mengaitkannya dengan bidang yang sedang anda dalami sekarang. Atau mungkin saja anda boleh mendaftar subjek bahasa yang turut berkait rapat dengan kajian agama anda. Dalam kebanyakan hal, perkara ini amat membantu pelajar untuk lebih memahami bidang kajian mereka serta menambah nilai kajian tesis.

AA1

Mendaftar subjek di luar bidang utama boleh membantu kefahaman yang lebih baik terhadap sesuatu perkara

2. Cross-Overs

Boleh jadi subjek kajian anda banyak bergantung kepada konsep-konsep bidang luar, contohnya teori-teori Kimia yang turut menyelitkan unsur-unsur Fizik di dalam bidang tersebut. Ini adalah serupa seperti penjelasan di atas, di mana anda akan dapat lebih memahami bidang kajian anda dengan turut memahamkan lapangan lain.

AA2

Amat digalakkan untuk mendaftar subjek diluar kursus utama yang mempunyai perkaitan rapat dengan apa yang sedang dipelajari

3. Rasa Ingin Tahu

Mungkin anda adalah seorang pelajar yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan kuat. Mungkin juga anda mahu memahami konsep subjek tersebut atau mendalami sekolah pemikiran bidang tersebut. Barangkali anda juga telah membayangkan untuk menukar ke bidang baharu pada masa hadapan yang jauh berbeza dengan skop kebiasaan anda. Namun begitu, perkara ini sedikit menyukarkan sekiranya anda merupakan seorang pelajar yang rendah prestasinya. Pastinya pihak universiti tidak membenarkan anda mengambil subjek tambahan berikut kerana tidak mahu prestasi anda semakin merundum. Tetapi, sekiranya anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang, pastinya pihak universiti tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permohonan anda mendaftar subjek tersebut. Oh ya, sekiranya anda tidak dibenarkan mendaftar kredit, anda masih boleh memasuki kelas tersebut untuk ilmu tambahan percuma.

AA3

Perasaan ingin tahu turut mendorong pelajar mendaftar subjek di luar kursus utamanya

4. Kebosanan

Sekiranya anda berfikir-fikir untuk mengambil subjek tambahan hanya kerana perasaan bosan yang melanda diri, ia mungkin bukanlah solusi yang terbaik. Ia boleh mengurangkan rasa bosan itu pada suatu jangka masa, tetapi pastinya ia tidak akan berkekalan kerana punca rasa bosan itu tidak ditangani dengan baik. Carikan punca kepada rasa bosan yang wujud itu? Adakah kerana subjek, universiti atau sesuatu yang sedang anda kerjakan? Jika anda berasa selesa, anda boleh bangkitkan hal ini kepada pensyarah untuk meminta bantuan penyelesaian jangka panjang. Pastinya pensyarah boleh memberikan beberapa nasihat atau cadangan yang sesuai untuk anda ikuti bagi mengatasi rasa bosan tersebut. Bosan terhadap kos yang anda ambil boleh diperbetulkan, tetapi bukanlah dengan mendaftar modul atau subjek yang sebarangan.

AA4

Jangan mendaftar sesuatu subjek hanya kerana berasa bosan atau mahu lari daripada permasalahan sebenar

Sumber: postgrad.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL