no comments

Jawatan Kosong Akademik Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil, Selangor

 

uitm

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil, Selangor.

JAWATAN :

PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM

JAWATAN :

PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
DM45 RM 2,878.00 RM 10,075.00
DM51 RM 5,637.00 RM 11,285.00
DM53
(Prof. Madya)
RM 5,922.00 RM 11,955.00
Profesor
(Gred Khas C) : VK 7
RM 7,189.63 RM 14,587.54

JAWATAN :

PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

AKADEMI/ FAKULTI BIDANG
Akademi Pengajian Islam Kontemporari Pengajian Islam
Akademi Pengajian Bahasa Bahasa Inggeris
Fakulti Sains Komputer dan Matematik Matematik
Fakulti Sains Gunaan Kimia
Fakulti Undang-Undang Undang-Undang
Fakulti Pendidikan Teaching English as a Second Language (TESL)

Syarat-syarat kelayakan:

PENSYARAH UiTM

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51

  • memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

  • memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

  • memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  • Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
  • Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
    • Kad Pengenalan
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  • Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
  • Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  • Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar atau boleh juga diperoleh dengan melayari laman sesawang di http://www.uitm.edu.my/

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN 14 SEPTEMBER 2015

Sila kemukakan permohonan ke alamat:

PEJABAT PENDAFTAR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

General Line: +603-55442000
Emergency Hotline: +603-55443999

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL