no comments

3 Risiko Buat Master Dan PhD Yang Anda Perlu Tahu

Dr. Mohd Yazid bin Zul Kepli, pensyarah UIA atau nama facebooknya Yazid Zul berkongsi tentang tiga risiko yang anda perlu tahu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Semoga anda lebih berhati-hati!

Fotolia_35465310_XS_300px_Risiko_Warnschild

Sebelum ni, saya pernah menulis tentang petua untuk dapatkan master dan PhD. Ini termasuklah mendengar nasihat dan amaran supervisor dan sebagainya.

Kali ni, saya nak bongkarkan beberapa benda besar yang menakutkan yang ramai orang tak tahu. Pasal benda ni penting.

RISIKO YANG BESAR

Seronoknya dapat sambung master dan Phd kat luar negara. Bestnya! Ayat lazim buat yang nak menyambung dan dapat tawaran. Hakikatnya, kadang-kadang yang disangka permata itu hanyalah kaca.

Risiko sambung Master dan Phd ni sebenarnya sangatlah besar.

Terutamanya kalau sambung luar negara.

Kos pengajian untuk sambung belajar di luar negara sangatlah mahal, antara ratus ribu hinggalah berjuta. Untuk pelajar undang-undang, jumlah total paling kurang pun sekitar 200,000 ke 300,000. Untuk pelajar dari bidang lain seperti Medic dan Dentistry pula, kosnya boleh mencecah JUTA.
Saya kira kebanyakan kita tidak ada duit juta-juta dalam akaun bank. Jadi kita akan cari sponsor dan penaja. Penaja paling lazim ialah universiti. Pergi sambung belajar, universiti sponsor, balik kerja dan terikat dengan universiti selama beberapa tahun.

Namun langit tak selalu cerah.

Zaman sekarang, kontrak yang digunakan berbeza dengan zaman dulu. Dulu kontrak Employment digunakan. Maknanya bila korang pergi sambung belajar tu, korang sudahpun dilantik menjadi staf universiti. Kalaupun korang gagal menghabiskan master atau Phd korang tu, korang masih akan diambil menjadi staf. Dan korang tidak disaman untuk membayar balik duit pengajian tu.

Itu zaman dulu.

Zaman sekarang, kontrak yang biasa digunakan ialah kontrak Fellowship dan yang sama waktu dengannya. Ringkasnya, korang tak jadi staf selagi tak berjaya habiskan pelajaran. Kalau korang gagal habiskan pengajian, BURUK akibatnya.

Pertama sekali, buat Master dan Phd tak mesti akan berjaya dapat. Macam masuk meminang anak orang. Hanya kerana korang dating dengan anak gadis orang tu, tak mesti korang akan berjaya memperisterikan gadis tu. Eh, ke situ pulak. Berbalik pada isu Master dan Phd tadi, banyak sebab korang boleh gagal. Contohnya supervisor mati. Biasalah, orang tua. Lepas tu gagal cari supervisor pengganti. Tapi kes ni agak jarang sikit. Kes paling ramai ialah supervisor dah benci. Kadang-kadang, kita tak serasi dan tak masuk dengan supervisor dan dia tak suka kita. Master dan PhD gagal.
Risiko yang besar tu bermula.

Pertama, kena BAYAR BALIK. Contohnya duit pengajian itu ini semuanya RM300,000. Korang kena bayar balik duit RM300,000 tu. Boleh bankrap nak membayarnya. Kalaupun pihak universiti setuju agar korang bayar balik RM1000 sebulan, masih lama nak membayarnya. Dan korang kerja pun takde pasal university tak ambik korang bekerja dengan university.

Oleh itu, korang boleh bankrap sedangkan korang takde buat salah apa pun.

FAMILI BANKRAP

Lebih dari itu, family korang pun boleh bankrap juga. Kenapa? Pasal sebelum korang pergi sambung belajar tu, korang kena cari penjamin dulu. Dan penjamin biasanya ahli keluarga. Bila korang tak dapat bayar balik, dengan keluarga korang pun kena sama. Dah macam along ceti haram pula. Anyway, that is the contract.

Worried couple doing their accounts in the living room at home

Saya tahulah. Saya tak reka-reka cerita ni. Dulu, saya peguam dan ada firma sendiri. Sekarang saya pensyarah undang-undang yang memang ajar subjek Kontrak pun. Justeru, besarlah harapan saya agar korang mengelak dari jadi penjamin dan yang sewaktu dengannya.

Bukanlah niat saya nak menakut-nakutkan korang dari sambung belajar. Tujuan saya tulis ni supaya korang sedar RISIKO super besar yang korang ambik bila korang decide untuk sambung belajar dengan tajaan tu. Belajar dan buat betul-betul.

SIASAT SUPERVISOR

Sebelum korang sambung Master dan Phd, setakat mana yang boleh, siasat siapa bakal supervisor korang tu. Jangan teruja dan semangat dan kagum melihat resume dan penulisannya yang banyak dan agung itu saja. Silap-silap, dia mungkin perfectionist yang mencari kesempurnaan. Siasat samada pelajar dibawah supervise dia lulus atau tidak. Kalau gagal semuanya, itu petanda korang patut cari supervisor lain.

employers-use-social-media-to-investigate-candidates-feature-image

Dan pastikan serasi. Contohnya korang nak menulis pasal kewangan Islam dan korang tu Islamik dan sebagainya. Supervisor pulak jenis liberal dan pro-Barat bagai. Korang yakin benda yang dia suruh korang tulis atau buat tu haram dan sebagainya. Buat pulak dekat Amerika. Akhirnya gaduh. Pasal takkan benda yang haram korang nak kata halal kan?

Akhirnya gagal.

Kasihan.

Saya dulu, dalam kehidupan yang lain, kenal sorang gadis comel yang sangatlah rajin dan komited. Tapi gagal PhD. Sebabnya supervisor dia dekat Hong Kong dulu seorang perfectionist. Kasihan. Moralnya, hati-hatilah ye.

Wassalam

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL