no comments

Permohonan Jawatan Bukan Akademik Universiti Malaysia Kelantan

umk

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangunkan universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

NO NAMA JAWATAN GRED TARAF JAWATAN
1 Pegawai Perubatan UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54 Tetap
2 Pegawai Veterinar G41 Tetap
3 Jurutera J41 Tetap
4 Pegawai Keselamatan KP41 Kontrak
5 Pustakawan S41 Tetap/Kontrak
6 Penolong Jurutera JA29 Tetap
7 Penolong Juruukur JA29 Tetap
8 Penolong Juruukur Bahan JA29 Kontrak
9 Penolong Pegawai Senibina JA29 Kontrak
10 Penolong Pegawai Perubatan U29 Tetap
11 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Tetap
12 Pegawai Kebudayaan/Artis Budaya B27 Tetap
13 Penolong Pegawai Keselamatan KP27 Kontrak
14 Penolong Pegawai Tadbir N27 Kontrak
15 Penolong Pustakawan S27 Tetap/Kontrak
16 Artis Budaya B17 Tetap
17 Pembantu Makmal C17 Kontrak
18 Juruteknik Komputer FT17 Kontrak
19 Pembantu Kemahiran H17 Kontrak
20 Pembantu Penyediaan Makanan N17 Tetap
21 Penyelia Asrama N17 Kontrak
22 Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N17 Kontrak
23 Pembantu Hal Ehwal Islam S17 Tetap
24 Pembantu Belia dan Sukan S17 Kontrak
25 Pemandu Kenderaan H11 Tetap
26 Pembantu Awam H11 Kontrak
27 Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak
28 Pembantu Operasi N11 Kontrak

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan Tetap yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/ Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain – lain elaun yang berkuatkuasa.

TARAF JAWATAN

Jawatan ini adalah lantikan secara TETAP/ KONTRAK.

SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon- calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/ polis hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun.

KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Calon- calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim- skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat- syarat berikut perlu dipenuhi:

  • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut- turut; dan
  • Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon- calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/. (Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 7 SEPTEMBER 2015

KETERANGAN AM

  • Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
  • TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

SYARAT- SYARAT LANTIKAN

JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54 RM 3,423.00 RM 9,560.00 RM 250.00
  • Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
    (Gaji Permulaan:
    UD43: RM3,423.00
    UD47: RM5,008.00;
    UD51: RM5,642.00;
    UD53: RM5,942.00)
  • Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PEGAWAI VETERINAR

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
G41 RM 1,915.00 RM 8,651.00 RM 225.00
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian I Jadual Kedua.
    (Gaji Permulaan : RM2,527.99)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : JURUTERA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
J41 RM 2,360.00 RM 8,743.00 RM 225.00
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM2,360.00)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PEGAWAI KESELAMATAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP41 RM 1,912.00 RM 8,647.00 RM 225.00
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,912.00)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM2,116.00)
  • Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji Permulaan : RM1,912.00)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

JAWATAN : PUSTAKAWAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
S41 RM 1,909.00 RM 8,644.00 RM 225.00
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM2,113.00)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM2,112.86)
  • Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM2,419.49)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG JURUTERA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA29 RM 1,418.00 RM 5,121.00 RM 145.00
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,418.00)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan: RM1,826.02)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG JURUUKUR

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA29 RM 1,418.00 RM 5,121.00 RM 145.00
  • Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,418.00)
  • Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,826.02)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG JURUUKUR BAHAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA29 RM 1,418.00 RM 5,121.00 RM 145.00
  • Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan: RM1,418.00)
  • Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan: RM1,826.02)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA29 RM 1,418.00 RM 5,121.00 RM 145.00
  • Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan: RM1,418.00)
  • Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan: RM1,826.02)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29 RM 1,312.00 RM 5,173.00 RM 145.00
  • Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji Permulaan : RM1,687.59)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29 RM 1,312.00 RM 5,173.00 RM 145.00
  • Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,687.59)
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEGAWAI KEBUDAYAAN/ ARTIS BUDAYA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B27 RM 1,368.00 RM 5,099.00 RM 145.00
  • Mempunyai pengalaman yang yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,368.00)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,368.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,368.00)
  • Diploma dalam berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM1,668.78)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP27 RM 1,362.00 RM 5,116.00 RM 145.00
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,661.95)
  • Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
N27 RM 1,362.00 RM 5,092.00 RM 145.00
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau        (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan: RM1,661.95) atau
  • Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan: RM1,737.15)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENOLONG PUSTAKAWAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
S27 RM 1,362.00 RM 5,092.00 RM 145.00
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan: RM1,362.00)
  • Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan: RM1,661.95)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : ARTIS BUDAYA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B17 RM 936.00 RM 3404.00 RM 95.00
  • Mempunyai pengalaman yang yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
    ( Gaji Permulaan : RM936.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    ( Gaji Permulaan : RM936.00)
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
C17 RM 933.00 RM 3,380.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji Permulaan : RM933.00)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
FT17 RM 953.00 RM 3,490.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan : RM953.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,010.77)
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,068.89)
  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,243.24)
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM1,417.59)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU KEMAHIRAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
H17 RM 953.00 RM 3,490.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,318.42)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM1,318.42)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
N17 RM 928.00 RM 3,375.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia); atau
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji Permulaan : RM1,039.83)
  • Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan : RM1,378.22)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENYELIA ASRAMA

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
N17 RM 928.00 RM 3,375.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
N17 RM 928.00 RM 3,375.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).
    (Gaji Permulaan : RM983.43)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
S17 RM 928.00 RM 3,375.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU BELIA DAN SUKAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
S17 RM 928.00 RM 3,375.00 RM 95.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia atau sukan).
    (Gaji Permulaan : RM928.00)
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
H11 RM 837.00 RM 2,619.00 RM 80.00
  • Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji permulaan : RM896.15)
  • Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/ F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PEMBANTU AWAM

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
H11 RM 837.00 RM 2,619.00 RM 80.00
  • Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan : RM850.00)

(Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/ motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)

  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP11 RM 837.00 RM 2,619.00 RM 80.00
  • Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan: RM837.00)
  • Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
    (Gaji Permulaan: RM837.00)
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL