no comments

Pensyarah Ini Berkongsi 3 Resepi Gagal Master Dan PhD

Nota: Tips ini dikongsikan oleh seorang pensyarah UIA iaitu Dr. Mohd Yazid bin Zul Kepli di facebook beliau, Yazid Zul pada 30 Julai 2015. Perkongsian ini juga adalah dari pengalaman beliau sendiri. Semoga bermanfaat!

Tips nak dapat Master dan PhD

Waktu buat PhD dulu, supervisor saya tu dekan bahagian Postgraduate. Dekat Hong Kong Universiti. Kat sana, pelajar dibenarkan hadir untuk untuk Oral Defense. Sebelum start dan diterima buat PhD, kena buat research proposal dan bentangkan dulu proposal kita. Kalau tak power, kena reject.

Pasal supervisor saya tu dekan, secara tak rasminya saya terpaksalah hadir ke semua pembentangan proposal pasal dia hadir. Kalau tak datang, nampak macam malas pulak, haha.

Jadi saya datang semua pembentangan proposal selama 4 tahun dekat Hong Kong tu. Dan kisah-kisah pelajar gagal PhD dan Master pun semuanya dalam tangan saya.

Ringkasannya, pelajar gagal bukan kerana mereka tak pandai. Biasanya, yang gagal ni ialah jenis yang terlajak pandai. Dah jadi pandai sangat, jadi angkuh pula. Untuk dapat PhD, kita tak perlu thesis yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik tuhan. Untuk dapat PhD dan Master, apa yang penting ialah thesis yang memenuhi syarat MINIMA untuk lulus.

Syaratnya tak banyak sangat pun. Kena ada sumbangan yang original. Tak perlu sumbangan besar pun, janji ada. Pendek kata, bila pakar baca thesis kita, dia boleh faham dan rasa ada jugak la sumbangan.

Pakar pertama ialah supervisor kita. Dia tu orang lama dan pakar dalam bidang dia. Kalau dia suggest something tu, ikut jelah. Unless dia suruh buat sesuatu yang menyalahi agama, akur jelah.

Supervisors

Resepi utama gagal master dan PhD ialah bergaduh dengan supervisor. Kalau taat dengan supervisor, 90% dah lulus.

Sebabnya dia tu pakar. Kalau dia selaku pakar mengesahkan kita dah layak jadi doktor, biasanya examiner lain akan bagi muka dekat dia dan luluskan kita. Jadi nasihat dari supervisor tu, jadikan azimat dan ikut betul-betul.

Supervisor saya dulu, memang fit dan suka suruh saya bersukan. Dia pesan jangan obsess baca buku siang malam sebaliknya banyakkan bersukan dan buat aktiviti riadah yang lain sama. Padahal waktu tu saya memang fit dan berat sekitar 60 lebih saja. Kalau dia nampak saya yang dah berat 80 lebih sekarang, tentu dia flying kick, haha. Anyway, betul nasihat dia, amalkan cara hidup sihat dan banyakkan bersukan.

plagiat-01

Resepi kedua untuk gagal ialah plagiat. Cut paste sana sini pastu tak quote. Nak cut paste takpe, itu benda biasa. Tapi quote dan acknowledge la elok-elok. Macam minat anak dara orang pastu nak bawa ke hotel. Takpelah kalau nak bawak ke hotel, tapi minang dan kawin la dulu elok-elok. Eh, ke situ pulak.

images

Resepi ketiga untuk gagal Master dan PhD ialah buat benda lekeh-lekeh dan tak teratur. Dari awal patutnya buat timetable dan plan masa untuk setiap chapter dan tajuk. Ikut plan tu. Jangan menulis ikut mood saja. Setiap hari menulis dan membaca sekalipun tak banyak.

Material semua susun elok-elok dalam folder, dalam file. Save backup banyak-banyak.

Saya dulu buat backup dalam email, dalam komputer malah saya turut hantar draft thesis saya kepada bapa saya as backup. Padahal thesis saya pasal undang-undang sedangkan ayah saya pensyarah matematik, haha. Pening dia nak membacanya.

Sebagai penutup, ingatlah markah hanyalah angka.

Mentor saya, bekas rektor Hong Kong Universiti selalu pesan, ‘Jangan nilai orang berdasarkan sijil pasal minat orang lain lain. Asalkan orang tu dah usaha sungguh sungguh, kita kena bangga dengan dia. ‘

Wassalam

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL