7 comments

Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2016 untuk Master dan PhD

Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2016 – Sarjana & PhD (Commonwealth Scholarships). Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2016 bagi Pengajian Peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 19 November 2015.

Tarikh Tutup: 19 November 2015
Tempat: United Kingdom
Senarai Universiti : http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/uk-universities/

Pengajian: Mulai September/Oktober 2016
Rujukan: http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/scholarships-developing-cw/

Kategori: Warganegara Malaysia

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Sila rujuk prospektus 2015:

1. Prospectus Scholarships 2016
2. Selection Criteria Developing 2016

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarships.

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Commonwealth Scholarships Commission dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

(a) Berkhidmat secara tetap;

(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);

(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(d) Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;

(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014;

(f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014);

(g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahunkebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);

(h) Telah mengisytiharkan harta;

(i) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan

(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.

DOKUMEN PERMOHONAN

Borang permohonan secara atas talian [Electronic Application System (EAS)] boleh didapati di :

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan ) :

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing)
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010] (Diisi oleh pemohon)

Borang permohonan secara atas talian yang telah lengkap diisi bersertadokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Siti Norraifana binti Hamidon)

# bagi calon-calon kakitangan kerajaan, permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Puan Siti Norraifana binti Hamidon
Tel : 03-8885 3518
Faks : 03-8889 2171
E-mel : raifana.hamidon@jpa.gov.my

Cik Nurhafizah binti Sidik
Tel : 03-8885 3462
Faks : 03-8889 2171
E-mel : fizah.sidik@jpa.gov.my

Baca: Biasiswa Pascasiswazah Antarabangsa Universiti Newcastle di UK

KOMEN ANDA

7 Komen

  1. RAZMI AZNITA BINTI MUHAMAD
    • LAILA
  2. Duwen
  3. Nor Aqilah Binti Mohd Mazlan
  4. Sulaiman
    • LAILA
  5. dhia

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL