no comments

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2016 (YLP)

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho Scholarship : MEXT ) 2016 Young Leaders’ Program (YLP) – Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2016 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015.

Tarikh Tutup Permohonan : 18 September 2015
Tempat: Jepun
Tempoh: 1 tahun (Oktober 2016 hingga September 2017)

Rujukan:

Kategori: Warganegara Malaysia

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. Kursus Perundangan (Sarjana dalam Perundangan)
  2. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Perundangan Awam)
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Perundangan Awam)
  4. Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana dalam Pengurusan Kesihatan)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
  2. Pemohon mestilah lepasan Ijazah yang mendapat kepujian;
  3. Kelayakan Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL-iBT 79-80 atau TOEFL-PBT 550 atau IELTS 6.0 atau TOEFL-CBT 213);
  4. Bagi Kursus Perundangan – 4 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang Perundangan; dan
  5. Bagi Kursus-kursus lain – 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).

**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-

  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  3. Berkhidmat secara tetap;
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  5. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  6. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):-
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
  11. Bebas daripada dakwaan Mahkamah.

DOKUMEN PERMOHONAN

i. Kursus Perundangan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

ii. Kursus Sekolah Kerajaan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

iii. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

iv. Kursus Pengurusan Kesihatan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi

Bagi calon BUKAN kakitangan kerajaan, Borang permohonan yang telah lengkap diisi (1 asal dan 4 salinan) hendaklah dihantar terus ke alamat berikut;-

JAPAN INFORMATION SERVICE
EMBASSY OF JAPAN
NO. 11 PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR

**Bagi calon kakitangan Kerajaan sahaja, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]

*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11″

Borang permohonan yang telah lengkap diisi (1 asal dan 4 salinan) hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Siti Norraifana binti Hamidon)

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Puan Siti Norraifana binti Hamidon
Tel : 03-8885 3518
Fax : 03-8889 2171
E-mel : raifana.hamidon@jpa.gov.my

Cik Nurhafizah binti Sidik
Tel : 03-8885 3462
Fax : 03-8889 2171
E-mel : fizah.sidik@jpa.gov.my

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL