3 comments

Langkah-Langkah Penyediaan Proposal Penyelidikan

Tips-tips penyediaan proposal penyelidikan ini telah disediakan oleh Dr. Salmy Edawati Yaacob, seorang pensyarah kanan dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sesetengah pelajar mungkin keliru atau masih kurang jelas mengenai langkah-langkah dalam penulisan proposal penyelidikan. Tips ini mungkin boleh membantu para pascasiswazah dalam menyediakan proposal.

Apakah perkara asas yang perlu ada dalam proposal penyelidikan?

  • Tajuk
  • Pernyataan Masalah Kajian
  • Persoalan Kajian
  • Objektif Kajian
  • Metodologi Kajian
  • Limitasi Kajian
  • Ulasan Kepustakaan
  • Kerangka Konseptual/Teoritikal
  • Kepentingan Kajian
  • Definisi Operasi Kajian
  • Rujukan

piramid

 

Pengenalan Latar Belakang Kajian

  • [highlight color=”yellow”]Pengenalan umum[/highlight] kepada kajian yang dilakukan.
  • Masukkan [highlight color=”yellow”]definisi umum[/highlight] terhadap tajuk kajian.
  • Persembahan penulisan ‘pengenalan’ semakin menjurus kepada masalah kajian.
  • Tonjolkan secara umum/[highlight color=”yellow”]bayangan permasalahan kajian[/highlight].
  • Perenggan terakhir masukkan [highlight color=”yellow”]pernyataan tujuan kajian[/highlight]. (contoh)

Pernyataan Masalah Kajian

  • Perenggan awal- [highlight color=”yellow”]penulisan terus menjurus[/highlight] kepada permasalahan kajian.
  • Tonjolkan [highlight color=”yellow”]pengkaji-pengkaji terdahulu[/highlight] yang telah melakukan kajian hampir sama.
  • [highlight color=”yellow”]Nyatakan permasalahan[/highlight] kajian (Problem Statement) dalam bentuk [highlight color=”yellow”]subtopic[/highlight] atau [highlight color=”yellow”]perenggan berasingan[/highlight] antara masalah.
  • [highlight color=”yellow”]Tonjolkan masalah kajian[/highlight] terlebih dahulu baru hurai.
  • Huraian perlu berhujah dengan fakta yang jelas (sertakan rujukan).
  • Persembahan penulisan biar nampak jelas masalah yang perlu diselesaikan.
  • Satu masalah pastikan literature banyak.
  • Huraian pernyataan masalah diakhiri dengan persoalan kajian.
  • Persoalan kajian-[highlight color=”yellow”]menampakkan gap[/highlight] atau isu yang perlu dikaji.

Tajuk kajian

  • Tajuk kajian dibina berdasarkan permasalahan kajian.
  • Tanpa isu/masalah- tajuk tak akan jumpa!
  • Tajuk- direct kepada bakal hasil kajian yang kita maksudkan..
  • Tajuk mestilah ringkas dan padat-tak boleh lebih 12 patah perkataan.
  • Contoh: ‘Mekanisme Penggunaan Dinar Emas di Malaysia’  ‘Aplikasi Hukum Hudud di Malaysia’

Contoh isu dan tajuk:

[highlight color=”yellow”]Isu/persoalan kajian[/highlight]

  • Mengapakah epal hijau akan pahit jika dimakan dengan gula perang?

[highlight color=”yellow”]Tajuk[/highlight]

  • Faktor Penyebab Gula Perang Memahitkan Epal Hijau

[highlight color=”yellow”]Isu[/highlight]

  • Mengapakah dinar emas masih belum berjaya dilaksanakan dalam ekonomi semasa?
  • Bagaimanakah bentuk pelaksanaan yang sesuai, penggunaan sebagai fizikal mata wang atau sandaran?

[highlight color=”yellow”]Tajuk[/highlight]

  • Mekanisme Penggunaan Dinar Emas di Malaysia

Objektif Kajian

  • Pembinaan objektif berdasarkan [highlight color=”yellow”]persoalan kajian[/highlight]-persoalan kajian datang daripada permasalahan kajian.
  • Objektif kajian akan membawa kepada [highlight color=”yellow”]jawapan untuk isu[/highlight]/masalah yang dikaji- menjadi hasil kepada kajian
  • Istilah biasa digunakan:-untuk mengkaji…membentuk… menganalisis…menilai…mengenalpasti…

Kepentingan Kajian

  • Kenapa nak kaji tajuk ni?
  • Kenapa isu ini perlu diselesaikan?
  • Tonjolkan hasil kajian tersebut akan dapat memberi manfaat kepada ….
  • Kajian ini penting kerana…
  • Kajian ini akan dapat membantu…

Metodologi Kajian

  • [highlight color=”yellow”]Bentuk kajian[/highlight]- kualitatif, kuantitatif, metod campuran
  • [highlight color=”yellow”]Pendekatan kajian[/highlight]- kajian kes, kajian sejarah, kajian etnografi, grounded theory, fenomenologi, analisa dokumen, kajian neratif
  • [highlight color=”yellow”]Pengumpulan data[/highlight]- temubual, soal selidik, pemerhatian, audio dan visual.
  • [highlight color=”yellow”]Penganalisisan data[/highlight]- Nvivo, SPSS, analisis teks, penilaian teori

Kerangka Teori (Theoretical Framework)

  • Kenal pasti [highlight color=”yellow”]teori yang menunjangi kajian[/highlight] yang bakal dijalankan.
  • Kerangka asas dalam kajian- based on apa?
  • Teori – berdasarkan [highlight color=”yellow”]jangkaan hasil kajian[/highlight]
  • Contoh: mekanisme dinar emas (mata wang)-teori perlu cari yang berkaitan nak laksana dinar emas – sistem monetari –[highlight color=”yellow”]Teori monetari[/highlight] (ekonomi klasik/Islam)

kerangka teori

Contoh kerangka teori

konseptual

Contoh kerangka konseptual

Teoridi mana nak cari?

  • Teori [highlight color=”yellow”]berdasarkan kajian-kajian lepas[/highlight] yang establish dan menjadi rujukan (biasa ada nama khas berdasarkan nama pengkaji)
  • Dalam kajian berkaitan [highlight color=”yellow”]Islam[/highlight] – teori boleh didapati daripada [highlight color=”yellow”]pandangan ulama2[/highlight] klasik dan juga ulama mazhab.
  • Teori- berdasarkan [highlight color=”yellow”]nas al-Quran [/highlight]dan [highlight color=”yellow”]al-Hadis[/highlight].
  • Teori- pandangan awal/asal daripada ulama mana..nas mana…matan hadis apa…
  • Mungkin berlaku pergabungan beberapa teori dalam sesuatu kajian.

Teori, kalau tiada

  • Kajian tanpa landasan teori – [highlight color=”yellow”]hasil akan goyah[/highlight], boleh dipertikai!
  • Hasil kajian akan mantap berasaskan penggunaan teori yang sesuai dan betul + penerokaan teori yang mendalam
  • Hasil kajian berkualiti
  • [highlight color=”yellow”]Penulisan kerangka teori[/highlight]- dalam Bab I, sudah ada cadangan untuk buat satu bab berasingan (FPI)

Ulasan Kepustakaan/Literature Review (LR)

  • LR biasa dimasukkan dalam Bab I (FPI)
  • Cadangan terbaik- [highlight color=”yellow”]Bab berasingan[/highlight] satu bab

Penulisan LR yang perlu dielakkan:

  • susun bahan dan ulas satu persatu
  • ulasan bahan yang mendatar dan umum
  • tiada rujukan data
  • Penulisan LR- adalah pergabungan ulasan bahan secara analitikal.
  • Persembahan penulisan literature berbeza dengan pernyataan masalah kajian.
  • Pernyaan masalah-tonjol [highlight color=”yellow”]isu[/highlight] dulu lepas tu hurai. Huraian dihujah menampakan ia ada masalah sehingga nampak gap
  • Literature- tonjolkan [highlight color=”yellow”]subtopic umum[/highlight]  dan hurai sehingga [highlight color=”yellow”]nampak gap[/highlight].
  • [highlight color=”yellow”]Susun subtopic[/highlight]- berdasarkan tema atau bentuk kajian (luar negara dan dalam negara)

Rujukan

  • Rujukan amat penting dimasukkan di bahagian akhir proposal.
  • Rujukan adalah berbeza dengan bibliografi
  • Rujukan-bahan yg dirujuk yg disebut dalam teks (proposal)
  • Bibliografi – masuk semua termasuk yang tak sebut.
  • Biasanya proposal guna Rujukan (reference)
  • Rujukan proposal Master (20+), PhD (30+)-mewakili bahan literature review

Proposal yang baik dan mantap akan membuka laluan yang licin dan sempurna dalam penulisan tesis.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Tekan SINI

KOMEN ANDA

3 Komen

  1. Yon Farhah Jamaludin
  2. NORAZIANA BT YEN NORAZIANA BT YEN

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL