no comments

Mendidik Anak Abad 21

mendidik anak abad 21

Anak-anak yang mengikut kata,baik pekertinya menjadi igauan dan harapan semua ibu-bapa. Tidak semua orang dapat mendidik anak dengan mudah. Namun kita sebagai ibu-bapa tidak boleh berputus-asa. Berusahalah sedaya upaya dan selainnya kita serahkan kepada yang Maha Esa.

Antara cabaran-cabaran yang pelru dihadapi dalam mendidik anak pada masa kini ialah masalah kewangan, tidak cukup masa untuk anak-anak, pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga terdekat dan cabaran teknologi masa kini. Dalam kaji selidik yang telah dijalankan di Lembah Klang tidak cukup masa, cabaran teknologi dan masalah kewangan menjadi masalah utama yang dihadapi oleh ibu bapa. Ramai yang mengakui masalah kewangan telah mencuri masa mereka bersama anak-anak. Cabaran teknologi seperti kewujudan kafe siber memberi ruang kepada anak-anak untuk membuang masa. Walau bagaimanapun mendidik anak adalah satu usaha dan tanggungjawab yang berterusan, ibu bapa perlu gigih dan tidak jemu meneruskan perjuangan ini.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL