no comments

2 TIPS TULIS TESIS DENGAN CEPAT DAN EFISIEN

2 TIPS TULIS TESIS DENGAN CEPAT DAN EFISIEN

PERTAMA : PILOT ARTIKEL DAN TEKNIK HYBRIDIZATION

Sebagai student researcher yang novice, anda membuat research dengan matlamat memenuhi pra-syarat mendapat PhD atau Master. Anda perlu membuat kajian dan menulis Literature Review (LR) yang tebal dan mendalam, maka rujukan dari artikel yang banyak adalah crucial. Oleh itu, selepas menguasai Document Map, mulakan langkah kedua menggunakan teknik pilot artikel atau synthesis matrix bagi memudahkan anda mencari gap yang juga akan membolehkan anda melakukan teknik snowballing terhadap semua references dari pilot artikel anda. Anda juga boleh menggunakan teknik hybridization untuk mendapatkan gap kajian sebab “Research is about filling the gap”. Jadi mulakan kajian anda dengan pencarian research gap. Jika anda dah tetapkan awal-awal tajuk kajian, then anda tak jumpa tajuk tersebut dalam artikel, mulalah anda kena penyakit bertukar- tukar tajuk.

 

KEDUA : TEKNIK FORESEE

Selepas menguasai Document Map, dan mendapatkan research gap yang sesuai anda akan mula menulis. Penulisan bermula dengan satu paragraph yang baik. Satu paragraph yang baik akan menghasilkan beribu-ribu paragraph dan seterusnya tesis yang baik. Jadi kuasai teknik foresee dalam menulis paragraph demi paragraph. LR tak kritis? Jadi jangan lupa aplikasi teknik Analisis + Sintesis=Kritis supaya anda tidak menulis seperti buku teks atau seperti meringkaskan karangan. Berapa ramai siswazah membuang masa menulis kemudian mengedit, tulis, edit, tulis, edit, hanya kerana tidak menguasai teknik penulisan secara kritis. Penguasaan teknik ini akan menjadikan tesis khususnya LR anda tersusun dengan idea yang jelas dan kritis.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL